loading...

Monday, 16 April 2018

Sepupu Dedah Bagaimana Nur Hayanis Meninggal



Sepupu Dedah Bagaimana Nur Hayanis Meninggal|Penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Nur Hayanis Hairunizan, 20, dikatakan sempat menghubungi ibunya berkongsi kegembiraan memulakan pendakian Bukit Pelarik sebelum bertukar tragedi apabila dia meninggal dunia selepas rebah ketika mengikuti aktiviti itu.

Kakak saudara mangsa yang mahu dikenali sebagai Nabila, 20-an, ketika dihubungi berkata, sebelum kejadian itu, Allahyaryarm Nur Hayanis atau mesra dipanggil Hanis sempat menghubungi ibunya dan kelihatan teruja mendaki bukit itu.

“Kali terakhir kami bersua dengannya pada Isnin lalu sebelum dia pulang ke UniMAP pada hari sama.

“Hanis memang seorang yang aktif dan gemar aktiviti mendaki bukit malah setiap kali ingin melakukan aktiviti berkenaan, pasti dia akan menghubungi kami,” katanya.

Nabila berkata, cuma kali ini Hanis hanya menghubungi ibunya di sebelah pagi dan tidak semasa melakukan aktiviti itu.

“Selalunya Hanis menghubungi kami untuk memaklumkan setiap aktiviti dilakukan semasa mendaki namun pada kali ini tidak dan kami ingat mungkin tiada liputan sewaktu mendaki.

“Kami hanya tahu dia ditimpa kemalangan selepas mendapat panggilan daripada pihak universiti awal pagi tadi,” katanya.

Katanya, adik saudaranya itu tidak menunjukkan sebarang perlakuan yang ganjil sebelum hari kejadian.

“Dia hanya beritahu sakit kaki kerana terpaksa menggunakan tangga ke tingkat enam di kolej kediamannya kerana lif rosak.

“Jadi dia mungkin letih dan tidak cukup rehat untuk melakukan aktiviti berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Zul Azhar Zahid Jamal berkata, pendakian bukit itu diatur pihak luar bukannya aktiviti kampus.

“Mangsa ikuti program mendaki bukit yang dianjurkan kumpulan Hikers Perlis. Ini anjuran persendirian dan bukannya UniMAP.

“Nur Hayanis tergelincir dan cedera di lutut kanan. Allahyarham boleh bergerak turun tetapi tidak beberapa lama selepas itu berasa lemah dan pitam,” katanya.

Sepupu Dedah Bagaimana Nur Hayanis Meninggal

lznie Johari

Doktor explain punca kematian, dalam

perubatan kita panggil, pulmonary embolism.

Masa post mortem, doktor nampak dua2 kaki arwah memang bengkak.

Ada darah beku kat kaki kanan.

Darah beku tu, naik sampai ke saiuran darah menghala kejantung..

Jadi darah beku tu dah sumbat saluran darah. Arwah pengsan..

Mmg arwah jatuh masa hiking. Mungkin

dia jatuh tu sebab dia pengsan. Darah beku dah block saluran darah..

Takda apaz pendarahan atau patah.. takda kecederaan Iuar..

lni arwah sepupu saya

Sumber: eBerita


No comments:

Post a Comment