loading...

Tuesday 13 March 2018

Abby Abadi Dituduh Perli Fattzura Gara-Gara Tarian Poco-Poco



Gara-gara memuat naik tiga video ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenai tarian poco-poco di Instagram (IG), Abby Abadi menerima ‘direct message’ (DM) daripada seorang netizen yang mendakwa dia memerli Fattzura.

Kalau anda pengikut Abby di IG, bekas kumpulan Elite ini memang sering berkongsi video ceramah dan kata-kata nasihat kepada pengikutnya. Kalau sebelum ini Abby pernah didakwa oleh netizen menghina Neelofa, kali ini dia dikatakan memerli Fattzura pula.

Klip video siri ceramah oleh penceramah terkemuka itu telah disalah anggap dan mendakwa ia ditujukan kepada Fattah Amin dan Fazura.



Justeru, dek kerana tidak berpuas hati, netizen tersebut menghantar DM kepada Abby. Dalam mesej itu, dia mendakwa Abby suka mencari kesalahan orang lain.

Namun begitu, majoriti memberi sokongan dan memahami bahawa isu poco-poco tersebut bukan ditujukan kepada Fattah Amin dan Fazura.

Dalam majlis resepsi kedua pasangan itu pada Ahad lalu, Fattah dan Fazura menghiburkan peminat dengan tarian poco-poco.

Sumber: Klick.my

No comments:

Post a Comment