loading...

Thursday 29 March 2018

‘Datin’ Dera Amah Akhirnya Dihukum Penjara 8 Tahun, Ini Respon Netizen



Kisah tentang wanita pangkat Datin dera pembantu rumah dia hingga hampir mati jadi topik hangat dalam kalangan netizen pakcik makcik bawang sekalian kan.

Hari ni, Mahkamah Tinggi Shah Alam dah jatuhkan hukuman lapan tahun penjara terhadap Datin yang jugak seorang suri rumah tu lepas dia mengaku bersalah mencederakan Suyanti Sutrinso, 19 tahun. Puas hati netizen baca ni!



Menurut Berita Harian, Hakim Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah menjatuhkan hukuman itu ke atas Rozita Mohamad Ali, 44, selepas hukuman yang dikenakan terhadapnya sebelum ini diketepikan.

Hukuman tu berjalan mulai hari ni dan Mahkamah jugak tolak permohonan penangguhan hukuman dilaksanakan.

Sebelum ni, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kenakan bon berkelakuan baik for 5 years ke atas Rozita dan jaminan RM20,000 dengan sorang penjamin. Of course, semua netizen tak puas hati dengan hukuman yag dijatuhkan dan ramai persoal keputusan mahkamah hanya kerana dia berpangkat Datin. Itulah pasal! So, permohonan semakan semula hukuman then dibuat oleh Jabatan Peguam Negara.



Rozita dera Suyanti dekat rumah beralamat di Mutiara Damansara hingga cedera parah menggunakan pisau berhulu biru, mop, payung, rod besi, alat mainan kucing and penyangkut baju yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang. Kejam gila!

Segala tindakan dia dilakukan antara pukul 7 sampai 12 tengah hari, 21 Jun 2016 dulu dan Suyanti ditemui terbaring dekat dengan longkang oleh seorangguard. Rozita didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.



Bila hukuman ni dijatuhkan, semua rakyat Malaysia lega and berpuas hati. Ramai antara mereka berterima kasih dan mengucapkan tanda syukur dengan keadilan yang akhirnya ditegakkan ni.

Sumber: AisKacang

No comments:

Post a Comment