loading...

Thursday, 8 March 2018

Gempa bumi magnitud 5.2 melanda Sabah



KOTA KINABALU: Gempa bumi bermagnitud 5.2 berlaku di barat laut Sabah kira-kira 9.06 malam hari ini, 3 tahun selepas gempa bumi di Ranau berlaku yang mengorbankan dan mencederakan sejumlah orang.

Menurut tinjauan Geologikal Amerika Syarikat, gempa bumi itu berlaku pada pusat gempa lebih kurang 11km barat laut Ranau.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Ranau, Jimmy Lagung, memberitahu FMT pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang panggilan kecemasan.

“Setakat ini kami belum terima sebarang panggilan kecemasan berkenaan kecederaan atau kerosakan harta benda,” katanya.

Sejumlah pendaki gunung di Laban Rata dekat Gunung Kinabalu juga terpaksa menangguhkan perjalanan mereka.

Laban Rata terletak pada 3,272m di atas paras laut di mana pendaki akan berehat semalaman sebelum meneruskan pendakian sebelum waktu subuh esoknya.

“Saya tidak pasti jumlah pendaki di sana sekarang tetapi kami sedang mengumpul maklumat.”
Beberapa saksi berkata ia berlaku selama 3 saat, menyebabkan kerosakan kecil.

Bagaimanapun, mereka kini sedang berkumpul di tempat perhimpunan kecemasan di gunung itu bagi memudahkan proses pemindahan jika berlaku sebarang kemungkinan.



Beberapa penduduk di Kota Kinabalu, Kota Marudu, Tuaran, dan Kudat berkata mereka juga dapat merasa gegarannya.

“Gegaran perlahan pada mulanya, kemudian menjadi lebih kuat dan berhenti,” kata seorang saksi kepada FMT.

Seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah memberitahu earthquake-report.com, dia berada di Tingkat 6, Kolej Asrama Angkasa semasa kerusi yang didudukonya “tiba-tiba bergerak sedikit ke atas dan ke bawah dan ke tepi”.

“Saya fikir orang berlari di koridor, kemudian menyedari jika magnitud sekuat ini menggegarkan bilik saya, kemungkinan besar disebabkan gempa bumi.”

Seorang lagi saksi di Ranau memberitahu laman web pengesan gempa bumi itu, gegaran berlaku selama 3 saat dan mengingatkannya kepada gempa bumi 2015 yang lebih perlahan, tetapi masih membuatkannya berasa berasa takut.

“Sebiji guli terjatuh dari rak di bilik saya tetapi tiada kerosakan harta benda berlaku termasuklah rumah saya. Secara keseluruhan, ia pengalaman menarik tetapi sangat mendebarkan.”

Seorang suri rumah yang tidak mahu dinamakan, memberitahu FMT, dia merasai gegaran di tingkat ke-2 bangunan pangsapurinya di Papar yang bergoyang lebih kurang 3 saat. Papar adalah daerah lebih kurang 30km selatan Ranau.

Sabah sebelum ini mengalami gegaran kecil sejak gempa bumi bermagnitud 6.0 yang melanda negeri itu pada 5 Jun 2015, mengorbankan 18 orang dan mencederakan lebih kurang 130 orang.

Gempa bumi tahun 2015 tersebut berlaku selama 30 saat menyebabkan ratusan pendaki dari 16 negara terkandas di Gunung Kinabalu.

Sumber: freemalaysiatoday.com

No comments:

Post a Comment