loading...

Wednesday 14 March 2018

Kapsyen Rita Rudaini ‘Saya Pernah Jadi Isteri Seperti Dia’ Tarik Perhatian



“SAYA pernah jadi isteri seperti dia” bunyi kapsyen yang ditulis oleh Rita Rudaini saat berkongsi sekeping gambarnya bersama madu Izreen Azminda, Intan Liana di Instagram.

Kapsyen dan gambar tersebut menarik perhatian netizen. Selain Intan, pertemuan itu turut disertai oleh kakak Intan iaitu Roza Saleh dan aktres Nazia Mustafar yang merupakan ipar kepada Intan.



Malah, Nazia juga berkongsi gambar pertemuan itu di Instagramnya dengan kapsyen “wanita perkasa”.




Sebelum ini, Rita yang merupakan sahabat baik kepada Izreen menyatakan kekesalan apabila dirinya turut menjadi mangsa kritikan netizen.


Semuanya berlaku apabila Izreen dan suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, memilih untuk memadam akaun Instagram mereka.

Tidak dapat mengecam Izreen, knetizen beralih pula kepada Rita yang tiada kaitan langsung dengan kemelut yang dihadapi.

Tidak lama selepas itu, Izreen pula memohon kepada peminat dan juga haters agar tidak lagi ‘menyerang’ kawan baiknya itu.

Ude dijangka bakal menceraikan Intan pada 22 Mac depan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Pemuzik yang terlibat dengan program Gegar Vaganza itu memfailkan permohonan cerai tersebut pada 30 November tahun lalu.

Sumber: Klick.my

No comments:

Post a Comment