loading...

Sunday, 11 March 2018

Majlis Perkahwinan “Doraemon” dengan “Hello Kitty” Meriah. Pelamin, Hantaran, Photo Booth, Kad Kahwin, Door Gift Semua Ikut Tema. MENARIK !!



PETALING JAYA: Majlis perkahwinan sepasang pengantin di Meru, Klang minggu lalu menjadi perhatian tetamu bermula dari pintu masuk sehingga ke pelamin.

Kebiasaannya tetamu tidak sabar menunggu pasangan raja sehari yang diraikan untuk bergambar bersama sebagai kenangan, tetapi berbeza pula kali ini.

Begitu jelas apabila sebaik sahaja pengantin turun dari pelamin untuk menemui tetamu yang hadir meraikan mereka, ada yang merebut untuk naik ke pelamin.

“Kami turun saja dari pelamin, dah ramai yang nak naik. Rupa-rupanya ramai dah tak sabar tunggu pengantin turun. Ingatkan nak ambil gambar dengan pengantin.

“Ni penangan pelamin Doraemon dan Hello Kitty. Tapi kami okay saja, memang itu tujuan majlis perkahwinan dibuat untuk pastikan semua orang gembira,” kata pengantin lelaki, Saiful Nizam Hassan, 35 kepada mStar Online pada Ahad.



Tular gambar-gambar majlis perkahwinan Saiful bersama pasangannya, Nur Sakeena Kamarol Zaman, 24, yang berinspirasikan kartun Doraemon dan Hello Kitty, hasil kreativiti perancang perkahwinan dan fotografi Seriheza.

Kartun Doraemon dan Hello Kitty menghiasi majlis pasangan mempelai itu untuk acara pernikahan dan persandingan, masing-masing pada Sabtu dan Ahad lalu.

Selain pelamin, ruang menyambut tetamu dan ruang bergambar ‘photo booth’, dua watak kartun popular dari Jepun itu turut menghiasi barangan hantaran kedua-dua pengantin.



Malah kad jemputan, dua basikal dan dua motosikal, cenderamata buat tetamu termasuk gelang emas untuk acara batal air sembahyang turut berinspirasikan kartun itu.

Saiful yang merupakan pembantu stor berkata, dia mula mengenali Nur Sakeena sejak 2011, bagaimanapun mereka mula menjalin hubungan secara serius kira-kira tiga tahun lalu.

Pada awal perkenalan, kedua-dua mereka tidak mengetahui masing-masing mempunyai minat yang sama iaitu mengumpul koleksi berinspirasikan kartun.

“Bila dah lama kenal, baru saya tahu Sakeena minat Hello Kitty dan dia tahu saya minat Doraemon. Minat kartun ni merapatkan lagi hubungan kami.

“Jadi, dua minat ini disatukan sebagai idea untuk majlis meraikan kami sebagai suami isteri dengan kerjasama perancang perkahwinan,” katanya.



Dalam pada itu, Saiful memberitahu bahawa pada awalnya mereka turut merancang untuk memakai baju pengantin berinspirasikan Doraemon dan Hello Kitty.

Namun rancangan itu terpaksa dilupakan berikutan sukar untuk menemui kain bercorak Doraemon yang sesuai untuk dibuat baju pengantin lelaki.

“Kami juga patut hiaskan koleksi peribadi seperti patung mainan Doramon dan Hello Kitty di majlis perkahwinan tetapi berisiko ia akan hilang.

“Jadi, kami serahkan kepada perancang perkahwinan untuk menghiasinya. Alhamdulillah, hasilnya cantik dan menarik perhatian tetamu,” kata Saiful yang sehingga masih menyimpan hadiah permainan Doraemon pemberian arwah ibu lebih 20 tahun lalu.

Sumber: Mstar

No comments:

Post a Comment