Mendapat biasiswa penuh semasa pengajian di universiti antara harapan kebanyakan pelajar. Tak perlu berfikir bagaimana perlu membayarnya semula ketika mula bekerja. Berbanding dengan PTPTN, peminjamnya perlu membayar semua hutang piutang termasuk kadar faedahnya kecuali mendapat Ijazah Kepujian Kelas Pertama Atas dan barulah pinjaman itu diberi percuma.
Namun bukan mudah untuk mendapat biasiswa kerana pemilihan pelajar sangat terhad. Bukan saja perlu bijak dan cemerlang dalam pendidikan, aktif dalam kokurikulum tetapi menjadi seorang anak muda yang penuh inspirasi kepada individu lain.
Sebab itulah banyak biasiswa yang ditawarkan dalam negara ini sangat terhad dan hanya pelajar yang benar-benar layak sahaja akan terpilih.
Kalau satu pun susah, tapi bagaimana kalau gadis ini berkongsi bagaimana mudahnya dia mendapat 12 biasiswa penuh dari universiti dan negaranya, Indonesia. Bukan satu ya, tapi 12 biasiswa penuh dan sudah tentulah dia seorang yang sangat cerdik pandai sehingga mendapat tawaran sebegitu banyak.
Dipetik dari Kompas.com, Abelia Anggi Wardani, berusia 29 tahun adalah individu yang sangat cemerlang dalam pengajian akademinya.
Dia kini sedang mengikuti ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Tilburg University, Belanda dalam jurusan Kajian Budaya. Lebih membanggakan, dia merupakan pemegang 12 biasiswa penuh ketika belajar di Universitas Indonesia dan Universiti D’Angers, Perancis.
Berikut adalah deretan biasiswa diterimanya.
- PhD visiting fellowship at Center for South East Asian Studies
- Sydney University, NISIS (Netherlands School of Islamic Studies) Sarajevo Spring School grant
- Lembaga Pengelola Dana Pendidikan (LPDP)
- Frans Seda Foundation Research Fellowship
- Orange Tulip Scholarship from Tilburg University
- Biasiswa Unggulan Bourse du Gouvernement Perancis
- Kementrian Pendidikan Perancis
- Travel Grant Kementrian Pendidikan Indonesia
- Mayapada Bank Scholarship
- Outstanding Student Competition Winner Scholarship
- Supersemar
- Peningkatan Prestasi Akademik (PPA)
Abelia atau mesra disapa Abel memaklumkan, ijazah Doktor Falsafah yang dikutinya sekarang ditaja sepenuhnya oleh LPDP.
Bagaimana begitu mudah dia mendapat biasiswa? Golongan cerdik pandai memang ramai. Ramai juga yang bagus dalam pelbagai bidang tapi tentunya Abel ada ada cara tersendiri bagaimana mudahnya dia mendapat biasiswa dari pelbagai pihak.
Kata kunci utamanya ialah MEMBERANIKAN DIRI KETIKA MENDAFTAR.
“Banyak kawan-kawan bertanya bagaimana saya mudah mendapat biasiswa? Jawapannya, ramai yang bertanya tetapi tidak ramai yang tekad dan hanya sekadar awal-awal mendapatkan maklumat. Kemudian berhenti di tahap “ingin” sahaja.
Kata Abel, untuk dapat biasiswa bukan mudah. Ada masa dapat dan tidak.
“Kita harus SENTIASA BERSEDIA dari awal dan SENARAIKAN KEMAMPUAN DIRI jika ingin memohon biasiswa. Misalnya menguasai BAHASA INGGERIS DENGAN BAIK, serta mempunyai NILAI JATI DIRI yang hebat,”katanya.
Dalam pada itu, kata Abel, kemampuan bertutur bahasa Inggeris bukan setakat lulus tetapi MESTI FASIH kerana ada ketikanya kita tidak tahu di universiti luar negara mana yang menawarkan pengajian seperti kita minati.
Jelasnya lagi, ketika belajar di luar negara, pelajar akan menulis banyak esei, mengadakan perbincangan dari berbagai latar belakang pelajar dan semua ini sangat penting.
“Jadi bila kita faham dengan kemampuan diri sendiri fasih untuk berbicara dengan pelajar asing, tugas belajar lebih mudah,” kata Abel yang menasihati pelajar untuk berlatih bercakap, menulis dan membaca sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari bahasa pengantara yang sudah diterima dunia ini.
“Kata kunci yang lainnya ialah BELAJAR SECARA BERTERUSAN atau konsisten,”katanya yang pernah menulis sebuah buku “Meraih Mimpi Dengan Beasiswa” pada 2016 yang mengisahkan tentang perjuangannya sehingga bagaimana dia meraih kejayaan berganda. Disebabkan cemerlang dalam pendidikannya, dia sering diundang memberikan ceramah kepada mahasiswa.
Idea datang dari pelajar
Kata Abel semasa mengendalikan mahasiswa ini, dia menerima banyak soalan mengenai bagaimana mudahnya dia mendapat biasiswa tetapi kebanyakan pelajar malas untuk mendapatkan informasi yang banyak di media sosial.
“Generasi muda memiliki akses internet yang luas tetapi mereka tidak memaksimumkan kepada keupayaan pengembangan diri.
“Kelemahannya, mahasiswa kurang dalam sikap rasa ingin tahu mereka. Sering saya katakan kepada mereka”kenapa” pada satu kejadian, fenomena itu terjadi, jangan hanya berhenti setakat itu saja. Mesti ada rasa ingin tahu, di mana dan bagaimana hal itu terjadi,’ katanya memaklumkan, dia juga tidak melalui satu proses mudah tetapi berusaha sehingga berjaya.
Sumber : Kompas.com
No comments:
Post a Comment