SEORANG pekerja di Zoo Fuzhou, China maut setelah dibaham seekor harimau di dalam kandang haiwan buas tersebut.
Pekerja zoo yang dikenali sebagai Wu, pada mulanya bersama dengan harimau tersebut di dalam sangkar.
Namun tanpa disangka, harimau yang agak jinak itu tiba-tiba bertukar ganas dan menyerang Wu.
Wu yang bekerja di situ telah menjaga harimau tersebut sejak kecil lagi. Harimau tersebut juga telah biasa dengan manusia dan jinak.
Kejadian tersebut sempat dirakam oleh pengunjung yang berada di tempat kejadian. Dalam rakaman itu, menunjukkan harimau tersebut membaham tubuh mangsa yang sudah tidak bermaya.
Manakala kedengaran suara seseorang menjerit agar menghubungi pihak polis. Kelihatan juga beberapa orang cuba mengalih perhatian harimau tersebut dengan mencucuknya dengan kayu.
Akhirnya pihak zoo berjaya menghalau harimau tersebut dan mendapatkan mangsa. Namun setelah diperiksa oleh pasukan parubatan, mangsa didapati telah meninggal dunia.
Menurut pihak zoo, harimau tersebut antara beberapa jenis haiwan yang terlibat dalam acara sarkas di wilayah Anhui, timur China.
Pertunjukan sarkas tersebut telah selesai sebelum kemalangan dengan semua singa sudah dihantar. Namun, harimau tersebut masih menunggu kelulusan untuk dipindahkan.
Sumber: PisangDaily
No comments:
Post a Comment