Akhir Dec 2016 lalu, (3) Pemuda India membunuh Babi Hutan yang tersesat di Speedmart, Taman Sri Alam, Segamat Johor. Setelah membunuh Babi Hutan, mereka ingkar terhadap kehendak Seksyen 55 (3), Akta 716. Lalu, saya memfailkan Aduan dan Perhilitan Johor memulakan saman terhadap mereka
Keputusannya – Satu compoundable summon bernilai RM 1, 500 telah dikeluarkan terhadap setiap seorang kepada mereka yang ingkar. Ketiga2 mereka telah membayar RM 1, 500 dan kes tidak dibawa ke Mahkamah
Berhubung Chegu Mustapa yang dipercayai menembak mati Babi Hutan di Masjid Sungai Plong, Sungai Buloh Selangor – Saya juga telah melakukan perkara sama. Seksyen 55 (3), Akta 716 hendaklah dikuatkuasakan oley Perhilitan. Kegagalan mematuhi kehendak Seksyen 55 (3) – Chegu Mustapa boley dihukum
Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) telah dibina oleh Kerajaan sejak 8 tahun lalu. Ia memberi hak asasi kepada semua Hidupan Liar di Malaysia termasuk Babi Hutan, Ular Pelbagai Species serta Biawak
ISLAM AKAN LEBIH INDAH JIKA BABI HUTAN DIPULANGKAN KE HUTAN OLEH JEMAAH MASJID. NAMUN TEMBAK MATI YANG DIPILIH
Gempar (1) ekor Babi Hutan atau nama hidupan liarnya Sus Scrofa tersesat
masuk ke Masjid Sungai Palong, Sungai Buloh Selangor. Ini menandakan Kaum Babi Hutan semakin kehilangan Habitat. Jadi apa yang Kesatuan Eropah (EU) dakwa ” Malaysia has the world’s highest deforestation rate ” – Ia sudah dibuktikan. Bukan sekali tapi berkali2
Babi Hutan telah ditembak mati. Saya hormat akan tindakan. Ia sejajar dengan Seksyen 55, Akta 716 bagi menjamin nyawa manusia ( Hidupan liar yang menjadi bahaya serta-merta terhadap nyawa manusia boleh dibunuh )
NAMUN, individu yang menembak mati Babi Hutan masih tertakluk kepada Seksyen 55 (3), Akta 716. Segala perbuatan membunuh mana2 Hidupan Liar perlu diambil keterangan oley Perhilitan untuk diaudit samada – Pembunuhan itu berjustifikasi ataupon tidak.
*Sekiranya Pembunuh Babi Hutan ingkar Seksyen 55 (3) – Jika disabit, orang itu boley – Didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Saya akan terus menyebut Babi Hutan dalam semua doa saya setiap kali Solat 5 Waktu. Babi Hutan kini teraniya di Bumi Malaysia
Sumber: friscomedia.net
No comments:
Post a Comment