loading...

Sunday, 11 March 2018

TAK SANGKA Fattah Amin dan Fazura buat KEJUTAN Di Majlis Resepsi !!



SHAH ALAM 11 Mac – Lebih 5,000 peminat menghadiri majlis persandingan pasangan popular, Fattah Amin dan Fazura yang berlangsung di Royale Palace, di sini hari ini.

Menariknya, pasangan yang dikenali dengan panggilan Fattzura itu turut memberikan kejutan dengan membuat persembahan duet istimewa menyanyikan lagu Cinderella.

Pasangan pelakon filem Wani­ta Terakhir itu juga mesra melayan peminat yang ingin mengabadikan gambar kenangan bersama-sama mereka sepanjang majlis berlangsung.

Dalam pada itu, Fattah mengambil peluang memberikan ucapan penghargaan buat peminatnya dan Fazura.



 “Jutaan terima kasih kepada semua peminat yang sudi hadir pada majlis hari ini. Dengan cara ini sahajalah saya dan isteri dapat membalas budi anda yang selama ini menyokong kami.

“Kami ikhlas menyambut kehadiran anda semua dan kami memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam majlis ini. Terima kasih untuk doa dan sokongan anda semua,” katanya

Majlis resepsi hari ini berlangsung dalam dua sesi iaitu sesi pertama pada sebelah pagi yang membabitkan kenalan terdekat, penaja dan tetamu kenamaan.
 Sementara sesi sebelah petang pula bagi meraikan peminat mereka yang dijemput menerusi laman sosial Instagram milik Fattah dan Fazura.
 Artis-artis terkenal seperti Khai Bahar, Yusrizan Usop atau Bob AF, Syura, Fazli Zainal turut hadir memeriahkan majlis serta turut mengadakan persembahan istimewa buat pasangan mempelai dan peminat.

Fattah dan Fazura bernikah pada 27 November lalu dan te­lah mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel di ibu kota pada 25 Februari yang dihadiri tetamu kehormat, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis, rakan artis serta kenalan terdekat.

Sumber: Utusan

No comments:

Post a Comment