loading...

Sunday, 8 April 2018

‘Ingatkan Waktu Berpantang Bolehlah Berehat’ – Siti Nurhaliza Berang Nama & Wajah Disalahguna



Sepanjang 23 tahun dalam industri hiburan tanah air, jarang sekali kita dengan kontroversi negatif melibatkan penyanyi no 1 negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini kan? Tuturnya yang lemah lembut dan penuh dengan senyuman itu membuatkan Siti menjadi kegemaran ramai orang bukan sahaja di Malaysia, malah di negara jiran juga.

Terbaru, Siti menerusi laman Instagram meluahkan rasa geram dengan sebuah portal yang menggunakan nama dan gambarnya untuk menyebarkan berita palsu. Menurut Siti lagi, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang berikutan fitnah tersebut.
Ingatkan waktu berpantang bolehlah berehat



Assalamualaikum semua. Ingatkan waktu berpantang, bolehlah berehat tapi tak mengapa, saya perlu jelaskan sesuatu supaya tidak ada orang yang keliru dengan berita palsu ini.



Berita PALSU ini terdapat di dalam sebuah blog dengan tajuk lain tetapi apabila kita klik PAUTAN YANG BERKENAAN, akan keluar berita yang memaparkan wajah saya dengan ejaan nama Sita Nurhaliza.

SAYA DENGAN INI MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA BERITA TERSEBUT (jika dirujuk pada saya). SAYA TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN BERITA PALSU TERSEBUT.

Tidak teragak ambil tindakan

Apakah tujuan yang cuba dibuat oleh pihak yang menulis berita tersebut, saya tidak pasti namun menggunakan wajah saya dan nama Nurhaliza telah MENGUNDANG KEKELIRUAN DAN MENIMBULKAN PERTANYAAN BANYAK PIHAK mengenai KESAHIHAN berita tersebut.



Saya berharap agar pihak yang membuat berita palsu ini segera memadamkan wajah dan nama saya SEPERTIMANA YANG TERTERA
DALAM PETIKAN DI BLOG TERSEBUT.

Jika perkara ini berlanjutan, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan YANG SEWAJARNYA YANG DIPERUNTUKKAN DI BAWAH undang-undang YANG BERKAITAN.

Siti Nurhaliza menerusi laman Instagram menafikan sekerasnya dakwaan yang dibuat portal tersebut. Tambah Siti lagi, beliau tidak ada kena mengena dengan berita palsu tersebut. Jika perkara ini berlarutan, Siti tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika wajah dan nama seperti tertera di dalam petikan blog tidak dipadam.

Sumber: AisKacang

No comments:

Post a Comment