loading...

Thursday, 5 April 2018

Ketahui perkara-perkara yang haram dilakukan ketika cukur bulu kemaluan. kena ambil tahu.



Hukum mencukur bulu kemaluan tidak kira bagi wanita mahu pun lelaki adalah disunatkan dalam agama. Perkara yang diutamakan adalah mencukur tetapi diharuskan dengan cara bergunting, mencabut atau menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit untuk menggugurkan bulu tersebut.

Ada seorang ulama, Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian daripada ulama mengutamakan kaedah bercukur untuk kaum perempuan kerana perbuatan mencabut boleh menjadi punca kendur pada kulit di bahagian sulit.

Tujuan digalakkan bercukur supaya tidak ada kutu atau tungau yang hidup di bahagian kemaluan selain dapat menghindar daripada penyakit-penyakit dalaman lain. Dengan adanya bulu pada kemaluan perempuan mahu pun lelaki, ia juga bakal menimbulkan bau-bauan yang kurang enak.



Dalam Islam juga ada mengatakan bahawa tidak membenarkan untuk membiarkan bulu pada kemaluan tumbuh lebih daripada 40 hari.

Anas bin Malik berkata : “Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih daripada masa empat puluh malam”. (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).

Ini bermakna paling lama pun dalam 40 hari dan kemudian korang kena servis bahagian-bahagian tersebut. Bukan hanya pandai melakukan kerja-kerja bercukur saja, korang kena tahu juga tentang perkara-perkara yang haram dilakukan sewaktu bercukur.

Haram bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya di depan perempuan lain dan haram juga bagi lelaki yang bercukur di depan perempuan lain, atau pun seorang perempuan atau lelaki yang membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya.



Jangan mengada-ngada sangat la nak suruh orang lain cukur kan bulu sendiri. Buat sendiri ok? Mendedahkan aurat kan hukumnya haram.Tak susah mana pun, lepas ni sentiasa sediakan je pisau cukur tu dalam almari korang.

Selain tu juga, membersihkan muka bagi dan badan daripada bulu-bulu yang berlebihan bagi seorang perempuan juga adalah dibolehkan. Begitu juga sekiranya mereka mempunyai janggut atau misai hendaklah ia dibuang supaya tidak menyerupai lelaki.



Jadi dah jelas kan tentang hukum dan perkara-perkara haram yang korang tak boleh lakukan sewaktu bercukur? Sumber: Remaja

Harap lepas ni dah tak ada yang keliru lagi.

No comments:

Post a Comment