BINTANG Bollywood berbadan sasa, Salman Khan, didapati bersalah atas pertuduhan terlibat aktiviti pemburuan haram sejak tahun 1998, oleh sebuah mahkamah di Rajasthan, semalam.
Reuters melaporkan, kes dan dakwaan tersebut disifatkan mampu menjejaskan kerjaya Salman sebagai salah seorang daripada aktor popular di India.
Salman didapati bersalah melanggar undang-undang hidupan liar negara itu apabila memburu antelop jenis blackbuck, iaitu haiwan yang tergolong dalam kumpulan rusa.
Atas kesalahan memburu dan membunuh spesies terancam itu, aktor itu bakal berdepan hukuman maksimum enam tahun penjara.
“Mereka berharap untuk sekadar berada di bawah pengawasan. Mereka juga merayu tentang hukuman paling minimum,” ujar pendakwaraya kes tersebut, Mahipal Bishnoi.
Peguambela Salman masih belum dapat dihubungi untuk memberi sebarang ulasan.
Perbicaraan pada Khamis bukan kali pertama Salman berdepan dengan kes undang-undang. Pada 2015, Mahkamah Tinggi Mumbai membatalkan sabitan kes langgar lari yang melibatkan aktor tersebut.
Walaupun seorang aktor terkenal India, Salman tidak dapat lari daripada tindakan undang-undang.
Sumber: Klick.my
No comments:
Post a Comment