PASTI anda pernah mendengar pepatah berbunyi ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’.
Pepatah tersebut membawa maksud sepandai mana pun seseorang itu, kadang-kadang buat silap juga.
Walaupun tiada kena-mengena dengan maksud pepatah tersebut, seekor tupai di Turki bernasib baik walaupun kehilangan sepasang kaki hadapan selepas terkena jerat haiwan liar.
Tupai itu kini boleh berjalan semula dengan bantuan ‘kaki palsu’.
Tupai yang dinamakan sebagai Karamel itu dipasang alat bantuan pergerakan tersebut oleh sekumpulan doktor di Fakulti Perkhidmatan Kesihatan, Universiti Vokasional Aydin di Istanbul, Turki.
Menurut laporan, anggota badan palsu itu adalah yang pertama digunakan oleh seekor tupai. Alat pergerakan itu dibina oleh jurutera komputer di universiti sama.
Projek itu diketuai ahli veterinar Tayfun Demir dan pakar ortopedik, Mustafa Gultekin, Dr. Tolgay Satana serta ahli terapi fizikal, Eylem Kucuk.
Sumber: Klick.my
No comments:
Post a Comment