CHEF selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik satu kisah tentang perjuangan arwah bapanya dengan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut perkongsian tersebut, Fazley telah menceritakan penat lelah arwah bapanya berjuang bersama Tun Dr Mahathir demi negara tercinta.
Namun, apa yang menarik perhatian, Fazley turut bercerita mengenai ‘si polan’ yang merupakan ibu mertuanya atau ibu kepada isterinya.
Apa yang lebih memeranjatkan, Fazley turut menjelaskan ibu mertuanya itu sebenarnya berhati dan bernafsu seperti syaitan.
Berikut adalah luahan perasaan Fazley selama ini:
“Syukur Alhamdulilah, Allah Maha Besar, tak sia-sia akhirnya perjuangan arwah ayah saya dari hari pertama bersama Tun Dr Mahathir dan barisan pemimpin kanan beliau untuk membuat perubahan demi negara tercinta. Kepada rakyat Malaysia, tahniah kerana kita sama-sama melaksanakan perubahan ini.
“Arwah ayah saya Datuk Hj Yaakob Mohammad adalah antara pelopor utama memulakan perubahan ini bersama YABhg Tun Dr Mahathir Mohammad, Namun sayangnya beliau pergi lebih awal di kala beliau sedang sibuk turun naik bersama saya ke pejabat Tun Dr Mahathir.
“Pemergian arwah begitu mengejut tanpa sebarang masalah kesihatan dan amat misterius buat kami sekeluarga, juga sahabat handai. ‘Si Polan’ mencuba pelbagai cara untuk memastikan arwah ayah saya tidak dapat melaksanakan perjuangan beliau bersama Tun.
“Pelbagai halangan dan gangguan dilaksanakan agar arwah ayah saya tak mampu melaksanakan tugasan penting beliau berjuang demi perubahan. Malahan saya dan isteri sering menjadi mangsa kekejaman si polan tanpa ada belas kasihan, namun kami sekeluarga terus tabah memperjuangkan kebenaran.
“Arwah ayah saya sentiasa memberi kata-kata semangat, “ Fazley & Azrene, Yakinlah, Allah akan sentiasa berlaku adil, masanya akan tiba, Perjuangan kita belum selesai, perubahan harus di laksanakan”
“Teringat kisah arwah ayah saya dipanggil Tun ketika arwah ayah masih lagi menjadi Pengarah JPJ Wilayah perseketuan, “Kob, can you help me manage this issue since the system that you implement in JPJ works so well?” Parti UMNO telah ‘deregister’ dan menjadi parti Haram kerana senarai ahli tidak dikemas kini dengan strategic.
Dalam tempoh 24 jam arwah ayah saya meninggalkan tugasnya sebagai PTD officer dan bertugas sebagai Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Mulai saat itu setiap kali pilihanraya, saya sentiasa bersama arwah ayah membantu melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan perlaksanaan sistem keahlian. Pada ketika itu, setiap kali melihat kelibat ‘si polan’, ada juga timbul rasa kagum, namun sayangnya rasa kagum itu tidak bertahan,” tulisnya dan cerita itu telah bersambung pada gambar-gambar yang dimuat naik olehnya.
Malah menerusi entri terbaharu, Fazley juga memuat naik gambarnya ketika bersalam dengan ‘si polan’ yang menunjukkan reaksi kurang senang apabila bersamanya.
Mungkin Fazley merasakan ini masa paling sesuai untuk meluahkan segala yang terbuku di hatinya selama ini.
Semoga luahan tersebut sedikit sebanyak dapat melegakan hati Fazley.
Sumber: Klick.my
No comments:
Post a Comment