Aku harap admin approve confessor ni sebab ini iktibar berguna untuk yang belum berkahwin supya jangan perjudikan masa depan dengan orang yang salah . Ini bukan cerita aku tapi kenalan aku. Aku gelarkan yang lelaki ni Amir dan perempuan tu Mira lah yer supaya senang nak cerita.. Ni nama samaran jer..
Ok, si Amir ni memang sedang mencari calon nak buat bini sebab umur pun dah cecah 30tahun.. Dia pun suka budak-budak.. Kerja pulak memang dah masyuuk sesangat.
Kerja pilot la katakan..
kalau ikutkan, banyak aje pramugari-pramugari kat airport tu duk mengorat dia tapi untuk buat bini dia nak cari perempuan yang bajet muslimah, tak ligat sangat dan yang boleh duduk rumah je lepas khwin.. duit belanjer, shopping dan spa ke dia tapau semua.. yang penting duduk rumah jaga anak dan jaga dia je..
Kisahnya Bermula Bila…
Kisahnya bermula bila satu hari dia ternampak girl ayu tolong mak dia jual nasi lemak.. so start dari haritu, if X fly dan ade kesempatan je memang dia asyik singgah beli nasi lemak kat situ.. and sebab dia ni pakai kereta harga ratus ribu so tak susah nak mengayat.. Parking depan gerai, bakal mak mertua senyum sampai telinga..
Tup-tup lepas 3-4 bulan tengok-tengok dah bertunang si Mira dan Amir.. Serius benarlah dia degan perempuan tu.. Untung bebenor jadi perempuan cantik kan.. dan girl tu memang cantik orang nyer..
Tapi konflik bermula masa diorg dua-dua family nak discuss untuk majlis kahwin.. patutnya kahwin sebelum puasa aritu tak silap. Dan macam diorang ni dua-dua org KL.. So si Amir ni cakap better combine saje majlis, jimat sikit dan bolehlah dia buat grand-grand kat hotel ke.. lagipun yang pmpn tu memang mak ayah orang KL.. KL means keluar rumah je dah nampak KLCC dari jauh.. bukan duk Banting Sepang Sabak Bernam ke..
So better combine je kan..Tapi yang bakal mak mertua dan bakal ipar duai si Amir tak setuju..diaorang nak buat jugak dekat rumah diaorang plus 1 atau 2 lagi kenduri dekat kampung halaman belah nenek-nenek diorang .
Yela, time nikah nilah nak tunjuk kat semua orang yang anak dara dia walau belajar tak tinggi sangat tapi boleh kahwin dengan orang kaya.. bakal menantu fly sana fly sini, banyak duit, berharta dan segak bergaya pulak tu..
So si Amir cakap boleh buat kenduri seperti yang diminta, Then keluarga perempuan tu pun mintak duit untuk kenduri tu semua dari si Amir sebab katanya diorg pun takde duit..
eh eh, ingat diorg ade duit sampai nk buat kenduri 2-3 tempat..rupanya nak paw si Amir jugak.. Amir pun ckp bolehlah dia bagi berapa belas ribu camtu kut selebihnya diorang tambahlah..
tapi diorg tak puas hati and cakap mana cukup camtu.. boleh-boleh kena bgi 20-30 ribu untuk cover kenduri kendara. Hmm banyak cantik diorang, yang majlis grand kat hotel tu si Amir tu jugak nak keluar berpuluh ribu. Bukan share-share duit pun.. Ko bajet anak ko doktor, lawyer, model atau instafamous ke nak kena keluar dekat 100k utk kahwin..
Amir pun tak puas hatilah sebab dia dah banyak keluar duit sebab dia baru beli rumah yang harga nak cecah / dah cecah jutaan RM kat Selangor ni.. punyerlah nak bagi anak bini selesa.. means si Mira ni cuci kaki je klu kahwin dengan dia.. tak perlu susah tolong mak jual nasi lemak dah.. Last-last takde kata putus sebab family Mira nak jugak buat kenduri banyak-banyak..
maybe dia fikir kalau jemput orang taman atau kampung datang hotel nanti tak ramai yang datang.. So kenalah jugak buat dekat semua tempat supaya semua orang boleh datang kenduri & tengok bakal menantu diorang..
Punyerlah nak show off..
Maka terbongkarlah cerita-cerita yang sebelum ni yang diorang ade mintak duit si Amir utk buka bisnes lah.. belum ape-ape dah mintak itu ini.. buruk perangai..
So diorang dua-dua pihak berkeras dengan keputusan masing-masing.. famili Amir ckp buat 1 tempat.. famili Mira cakap kena buat kat banyak tempat.. Last-last keluarga si Mira bagi tempoh beberapa bulan utk Amir kumpul duit..
Korang nak tau apa??
Jeng-Jeng.. Dalam proses bertenang untuk kumpul duit tu, tiba-tiba si Amir decide putus tunang!! Hambek ko.. Amir cakap belum ape-ape dah tunjuk belangnya.. esok dah kahwin mahu bengkok dia jadi mesin ATM Mira dan family si Mira.. Famili Mira pujuk-pujuk dan runding pun Amir tetap tak nak dah dekat Mira..
So mybe Mira sekarang sedang menangis tak berlagu dek kempunan duk rumah mewah, Travel overseas dan bajet princess pergi spa, shopping LV. Tamak sangat last-last langsung tak dapat apa.. Kira okeylah si Amir tak kisah pun Mira dan family Mira siapa berbanding dgn status dia.. Alih-alih nak demand lebih-lebih..
Moral of the story:
Sesiapa yang ada dan situasi camni ke atau adik bradik camni ke.. please jangan jadi bodoh.. Orang gaji sebulan berpuluh ribu macam si amir pun tak tahan, ko expect kalau gaji 2-3 ribu tahan ke kalau orang jadikan ko mesin ATM.. lainlah kalau susah senang bersama tapi ni semua lelaki yang sediakan.. banyak cantik..
please janganlah kahwin kalau pasangan atau family pasangan korang camni.. lepas kahwin kita perlu simpan duit nak beli rumah lah.. anak sekolah.. kalau asyik kena paw sampai ke tua tak boleh menyimpan..last-last botak kepala. Aset pun takde.. macamana nak bahagia.. kalau bakal bini tu gaji besar ada pelajaran takpe, ni belajar tak tinggi mana..
memang tak bantu sumbang duitlah.. harap muka je cantik.. So jangan jadi bodoh, perempuan kat luar banyak.. please jangan hadap sangat dengan puak-puak pengikis ni.. tak jadi kahwin tak teruk mana pun berbanding bercerai bila dah ada anak..tolong jadi cerdik macam si Amir yer..
Sekian.
Sumber : IIUM Confession
No comments:
Post a Comment