loading...

Sunday 20 May 2018

Kami Sudah Terima Balasan Masing-Masing-Izreen Azminda



MEMILIH suami orang untuk dijadikan teman hidup membuatkan pelakon Izren Azminda ibarat dilanda “tsunami’ kemarahan orang ramai.
Di sana sini orang mencaci, menghina dan menjatuhkan hukuman kepadanya. Dia hampir ‘tewas’ dengan dugaan itu dan terpaksa memekakkan telinga bagi meneruskan hidup.

“Inilah ujian paling berat diterima selama lebih 12 tahun menjadi anak seni. Mungkin boleh saya simpulkan sebagai kifarah hidup,” akuinya.



Namun, sebagai manusia biasa dia tidak dapat mengelak ketentuan Ilahi kerana soal jodoh bukan terletak di tangannya.

Walaupun tidak lagi hidup bermadu selepas suami, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude menceraikan isteri pertama, Intan Liana Saleh, Mac lalu, namun api kebencian netizen masih tidak mampu dipadamkan sepenuhnya.

Lantaran episod hitam yang bertamu dalam hidupnya , Izreen menganggap ia sebagai ujian hidup.

“Mungkin ini semua kifarah hidup… Kun Faya Kun, jadi, maka jadilah ia.

“Saya, suami dan pihak di sana mungkin pernah melakukan kesilapan, jadi kami ditimpa dengan ujian hidup.

“Jujurnya, saya terlalu sibuk bekerja sepanjang lebih satu dekad, ada kala saya alpa dan lalai dengan perintah Tuhan. Allah pemberi rezeki dan Dia boleh merentapnya sekelip mata.

“Allah menjentik saya supaya kembali mengingati dan mendekatkan diri dengan-Nya. Mulanya, saya berat menerima ujian ini, tetapi saya harus reda,” katanya memetik BH Online.



Dek kerana kontroversi yang melanda hidupnya, Izreen akui rezekinya sedikit terjejas namun Allah menyelamatkannya.

“Mana-mana selebriti yang dilanda kontroversi pasti berdepan kesan buruk terhadap kerjaya. Tetapi saya bersyukur, kehidupan saya masih sama, ada saja rezeki lain yang diberikan.

“Allah membuka jalan lain untuk saya mencari rezeki. Masih ada rezeki untuk saya menyelesaikan perbelanjaan diri dan keluarga.

“Saya percaya Allah menimpakan saya ujian sebelum memberi kebahagiaan. Tidak semua manusia diberikan ujian seberat saya, jadi berterima kasihlah kepada Tuhan kerana tidak melalui perjuangan yang pahit ini,” katanya.

Menurut Izreen, sempena bulan Ramadan ini, dia mengosongkan hatinya untuk memaafkan netizen yang pernah menjatuhkan hukum serta melemparkan fitnah terhadapnya dan keluarga.

Sumber: Klick,my

No comments:

Post a Comment