loading...

Saturday 19 May 2018

Nabila Razali Mohon Maaf Pakai Tudung Dedah Bahagian Dada



DUA hari yang lalu iaitu ketika hari pertama Ramadan, penyanyi Nabila Razali telah memuat naik videonya  mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan di Instagram.
Namun video tersebut mendapat perhatian para netizen yang mempersoalkan gaya pemakaian tudungnya yang kelihatan singkat dan mendedahkan bahagian dada.



Justeru, Nabila tampil memohon maaf dan menerima teguran netizen mengenai tudungnya yang dipakai singkat menerusi video ucapan selamat berpuasa itu.

Lapor mStar Online, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 26, berkata dia akan cuba memperbaiki diri menjadi lebih baik.

“Saya terima semua teguran daripada netizen. Niat saya hanya untuk ucapkan selamat berpuasa kepada peminat.

“Tak ada niat apa-apa pun. Insya-Allah saya akan cuba perbaiki mana yang salah dan menjadi lebih baik,” katanya.



Di samping itu, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Pematah Hati ini turut berharap peminatnya mendoakan yang baik-baik untuknya.

“Saya tidak mahu bercakap lebih mengenai perkara ini. Takut nanti ada yang salah anggap dengan kenyataan saya.

“Apa-apa pun, saya minta maaf kepada semua. Saya berharap semua peminat mendoakan yang baik-baik untuk saya, Insya-Allah,” ujarnya.

Setiap orang pernah melakukan kesilapan. Jadikan setiap kesilapan itu pemangkin untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Sumber: Klick.my

No comments:

Post a Comment