SEBUAH pertunjukan ilmu kebal sempena majlis perpisahan pelajar sekolah agama Madrasah Tsanawiyah (MTs) Al-Kholil di Kalimantan Timur bertukar tragedi apabila salah seorang peserta dari perguruan silat Pagar Nusa meninggal dunia.
Dalam kejadian yang berlaku beberapa hari lalu, mangsa yang berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia di hospital selepas kenderaan jenis pikap L300 itu menggilisnya.
Menurut pihak polis Berau, AKP Andika Dharma Sena, pada mulanya pertunjukan berjalan lancar ketika menggunakan motor.
Namun pertunjukan kedua gagal apabila salah anggota kumpulan itu meninggal dunia dan seorang lagi tidak sedarkan diri.
Pihak polis sudah meminta keterangan daripada pengurus Al-Kholil serta Ketua Pagar Nusa.
Selain itu, dua buah papan dan dua buah batu-bata sebagai alat bantu dalam pertunjukan maut itu, turut dirampas petugas sebagai barang bukti.
No comments:
Post a Comment