Pasti ramai pernah melihat wajahnya yang menghiasi program berita stesen televisyen swasta popular TV3. Namun setelah beberapa tahun menjadi penyampai berita, Saiful Nizam Ismail membuat keputusan mengejut pada tahun 2013 untuk meninggalkan Media Prima Berhad.
Dia yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Utara Malaysia mula menyertai TV3 sebagai wartawan penyiaran selepas menjadi finalis rancangan Malaysia Top Host pada tahun 2005.
Baru-baru ini, isterinya Aida telah mendedahkan secara eksklusif di laman Instagram miliknya mengenai perletakan jawatan suaminya itu.
“Sorry abang, Aida terpaksa kongsi kisah ni…”
“Korang serius korang!!! My husband dah berhenti dari tv3 dua tahun lepas wehhh. Ada yang kata baru nampak baca berita tu maybe iklan mr potato tu kot.
.
“Aida tak marah korang salahkan @snizam5 baca berita kutuk sana kutuk sini dulu sebab aida pun marah dia tau.
.
“So sorry abang Aida terpaksa share dengan semua. No worries percayalah, caci la banyak mana pun, Aida lagi kenal suami Aida. Kita tak boleh puaskan hati semua abang. Cukup la kita dengan Allah,” tulisnya menerusi kapsyen.
Menurut Aida, media itu bersifat dimiliki kerana sesebuah stesen televisyen akan dikawal oleh pihak atau agensi tertentu sebelum sesuatu berita disampaikan.
Suaminya juga pernah menangis apabila tiba di rumah selepas menyampaikan berita berkaitan Tun M pada dua tahun lalu kerana perasan rasa bersalah yang menebal.
Media dikawal…
Jangan salahkan orang di sebalik media…
Tambah Aida, sampai satu ketika mereka mengambil keputusan untuk merujuk alim ulama bagi mengetahui lebih lanjut mengenai hukum apabila menyampaikan sesuatu berita yang tidak diketahui kesahihannya.
Setelah diteliti, suaminya bertindak untuk meletakkan jawatan serta merta kerana percaya rezeki boleh diperolehi di mana-mana sahaja dengan izin Allah SWT.
Berjumpa dan merujuk ustaz…
Dia juga pernah terfikir adakah TV3 akan terus berdiam daripada menyiarkan mengenai Tun M ketika di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib namun kini dia boleh menarik nafas lega kerana semuanya telah berubah.
Berfikir sebelum bertindak…
Sepanjang kerjayanya di stesen televisyen itu, Saiful banyak membuat liputan dalam dan luar negara termasuk menjadi pengacara Malaysia Hari Ini.
Suaminya juga sering diberi peluang mengendalikan segmen-segmen penting seperti Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan juga laporan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kini dia lebih selesa menjalankan perniagaan miliknya sendiri.
Sumber: OMM
No comments:
Post a Comment