loading...

Saturday, 24 March 2018

4 Kesalahan Ini Sering Dilakukan Anda Cas Telefon!


Berbanding telefon biasa, telefon pintar memakan banyak tenaga bateri lebih-lebih lagi ketika melayari internet untuk membuka media sosial peribadi atau menonton video di laman Youtube. Akibatnya, kita semua akan berulang kali mengecas telefon kerana kehabisan bateri.

Namun, terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh pengguna smartphone ketika mengecas telefon sehingga boleh memudaratkan ketahanan bateri.

Penulis ingin kongsikan 4 kesalahan yang seringkali dilakukan anda saat mengecas telefon pintar buat tatapan para pembaca. Check it out!

1. Guna Pengecas Sembarangan

Walaupun tempat pengecasan pada telefon pintar masa kini lebih universal, ianya tidak bermakna anda perlu sesuka hati menggunakan sebarang pengecas. Setiap telefon memiliki pengecas yang mempunyai spesifikasi tersendiri khususnya kapasiti kuasa dan arus yang kuat.

Jika memakai pengecas yang tidak sepadan dengan spesifikasi telefon boleh mengurangkan prestasi bateri telefon pintar anda.

2. Terlalu Bergantung Pada Power Bank

Rata-rata, masyarakat dunia hari ini memiliki power bank masing-masing. Power bank dilihat sebagai satu penyelesaian yang praktikal kerana kita semua boleh melakukan proses pengecasan telefon di mana jua berada. Namun, apabila kerap menggunakannya untuk mengecas semula telefon pastinya mendatangkan kemudaratan kepada hayat bateri telefon anda.

Alasannya, power bank yang mudah alih atau portable lebih berisiko untuk mengalirkan kuasa yang tidak stabil berbanding ketika mengecas dengan tenaga elektrik secara langsung. Aliran kuasa yang tidak stabil ini menjadikan hayat bateri semakin berkurangan.

3. Mengisi Bateri Lebih Lama Dari Waktu Yang Diperlukan

Masih lupa untuk mencabut plag pengecas apabila telefon pintar dicas sepenuhnya? Seelok-eloknya anda tidak mengamalkan kebiasan ini! Meskipun telefon pintar masa kini dilengkapi dengan overcharge protection yang secara automatik menghentikan proses pengecasan ketika bateri penuh, telefon yang terlalu lama dicas tetap berpotensi mengalami penurunan prestasi bateri.

Untuk mengekalkan prestasi, anda tidak perlu mengecas bateri sehingga 100 peratus. Bahkan, bateri telefon berada dalam keadaan optimun apabila mencapai kapasiti 40 hingga 80 peratus.

4. Tidak Segera Mengecas Telefon

Kalau nak tahu, salah satu punca kenapa hayat bateri tidak tahan lama disebabkan kebiasaan kita menggunakan telefon pintar sehingga bateri habis sepenuhnya. Seandainya anda menggunakan telefon sehingga kehabisan bateri serta tidak segera mengecasnya semula, sel-sel asas pada bateri akan mengalami saturation atau ketepuan.

Natijahnya, sel-sel mati dalam bateri akan berkumpul akhirnya membuat bateri tidak sihat dan mengurangkan prestasinya. Justeru, anda disyorkan untuk menyegerakan mengecas telefon apabila beteri berada diparas 15 hingga 35 peratus.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Sumber: PetuaIbu

No comments:

Post a Comment