Percaya atau tidak, pasti ada orang di dunia ini yang secara tiba-tiba menjumpai satu penemuan yang sangat bermakna dan mampu mengubah keseluruhan hidup mereka. Ternyata ia kerap terjadi sehinggakan penemuan seperti kad besbol lama dan mentega purba dirasakan bak terkena loteri!
Oleh itu, kami ada mengumpul beberapa kisah penemuan ‘berharga’ – ada dijumpai di loteng, dibeli di pasar lambak, malahan ada yang dijumpai di laman belakang rumah! Nampaknya, gotong-royong perlu dilakukan, terutamanya di rumah datuk dan nenek. Mana tahu anda akan jumpa sesuatu!
1. Ferrari
Ingat tidak waktu kecil majoriti daripada kita gemar bermain pasir di luar. Kemudian, kita akan temui bermacam-macam benda di dalam pasir – tulang ayam, kaca dan sebagainya.
Pada tahun 1978, dua orang kanak-kanak menemui sesuatu yang sangat tidak disangka di laman rumahnya – sebuah kereta Ferrari Dino 246 GTS! Kereta itu dilaporkan telah dicuri empat tahun yang lalu (1974) dan insuran kereta itu telah dibayar pada empunya kereta terakhir yang tidak dapat dikesan lokasinya.
Pihak polis kemudian sedar bahawa tapak penemuan itu sebelumnya adalah sebuah kolam renang. Kereta itu dibaluti dengan pita pelekat dan tuala yang banyak agar dapat menyerap lembapan.
Kereta itu walau bagaimanapun telah dijual pada seorang lelaki yang membaiki dan memandunya sehingga ke hari ini. Difahamkan juga bahawa pasangan yang memiliki kereta berkenaan telah mengupah pencuri untuk menenggelamkan kereta itu ke dalam laut, tetapi tidak sampai hati.
2. Mentega berusia 2,000 tahun?
Apa yang mereka sangkakan kentang gergasi itu sebenarnya merupakan 9.9 kilogram mentega yang dijumpai oleh seorang pemotong rumput, Jack Jack Conaway, di Ireland.
Bebola mentega itu dianggarkan berusia 2,000 tahun. Bagi masyarakat dahulu di Ireland dan Scotland, mentega dianggap sebagai makanan yang mahal dan digunakan untuk membayar cukai, sewa dan disajikan kepada dewa-dewa. Jika untuk dewa-dewa, lazimnya mentega itu akan ditanam dan tidak akan dikorek semula.
Perkara seperti tahap suhu yang rendah, keadaan tanah, tahap keasidan yang tinggi dan oksigen yang minimal membuatkan situasi itu amat sesuai seperti sebuah peti sejuk.
Beberapa tahun sebelum itu, sebuah bekas besar mengandungi 45 kilogram mentega yang berusia 5,000 tahun telah ditemui. Pakar arkeologi berkata mentega itu bersifat rapuh dan mempunyai bau seakan keju yang kuat, dan orang ramai dinasihatkan agar tidak memakannya.
3. Loket emas abad ke-15
Jika di luar negara, di tepi pantai ada sahaja orang yang memegang pengesan logam di tangan dengan harapan mereka bakal menjumpai sesuatu yang berharga. Jika kita pun, pasti kita akan berbuat demikian, lebih-lebih lagi jika kita membaca kisah tentang Mary Hannaby dari United Kingdom, yang telah menemui emas.
Loket emas berkenaan berasal dari abad ke-15 dengan ukiran penyaliban Jesus. Ia kemudian diperiksa oleh Muzium British yang menganggarkan nilainya sebanyak £4,000 (RM 21,000) tetapi memutuskan untuk tidak membelinya.
Loket itu kemudiannya ditempatkan di Sotheby dengan harga yang dijangka sekitar £ 250,000 (RM3.1 juta), tetapi ia gagal dijual dan tidak pernah mencapai lebih daripada £ 38,000 (RM204,299).
4. Komik Superman
Pasangan di Selatan Amerika Syarikat yang dalam kesusahan (perlu menyerahkan rumah kepada pihak bank) telah menemui sebanyak 50 buah kotak yang mengandungi komik di atas loteng rumah mereka.
Mereka berasa ia tidak bernilai dan meminta pihak bank untuk mengambilnya sekali. Namun, ada sebuah komik yang dikatakan bernilai berbanding yang lain.
Ternyata komik tersebut merupakan koleksi vintaj “Holy Grail”, dan ia dicetak pada tahun 1938 yang berharga £1.5 juta (RM 8 juta) berbanding dengan harga asalnya £10 sen sahaja. Untung betul pasangan itu!
5. Kad besbol
Kad besbol pada tahun 1869 ini merupakan kad besbol pertama yang pernah dikeluarkan. Ia dijumpai secara tidak sengaja oleh seorang wanita berusia 72 tahun dari California yang melelongnya dengan harga USD10 (RM38). Setelah pembida menunjukkan minat yang luar biasa, beliau kemudian meningkatkan jumlah bida dan dijual pada harga USD 75,000 (RM292,425).
6. Pengisytiharaan kemerdekaan
Pada tahun 1989, seorang lelaki bertuah telah membeli sebuah lukisan di pasar lambak yang hanya berharga USD 4 (RM15). Sewaktu beliau membuka lukisan itu keluar daripada bingkainya, secara tiba-tiba satu dokumen terjatuh! Dan ia merupakan salinan lama deklarasi kemerdekaan – ia diselitkan di antara kanvas lukisan berkenaan dengan kayu bingkai.
Ia masih dalam keadaan baik – dakwat masih basah ketika ia dilipatkan dan terdapat barisan ayat ’In Congress, July 4, 1776,’ di bahagian margin bawah kertas dalam keadaan terbalik. Ia membuktikan kesungguhan John Dunlap, individu yang mencetaknya, dan rakan-rakan lain yang merasakan kedesakan untuk menyebarkan dokumen ini. Ia kemudian dilelong menyebabkan pemiliknya memperolehi jutaan wang.
7. “Siapa Jackson Pollock?”
Seni lukisan abstrak ini telah dibeli daripada sebuah kedai antik di California berharga USD5 (RM16) dan dijadikan sebagai hadiah kepada kenalan. Namun, saiz lukisan berkenaan terlalu besar untuk dimuatkan di dalam treler rakannya. Hal berkenaan membuatkan Teri Horton, 73 tahun menjualnya menerusi jualan carboot.
Seorang guru seni perasan dan berkata ia merupakan hasil seni daripada Jackson Pollock ekoran teknik lukisannya. Teri kemudian berfikir siapa pula Jackson Pollock??
Sungguhpun keaslian lukisan itu tidak pernah disahkan, namun Teri menerima tawaran USD2 juta (RM7 juta) daripada seseorang, manakala individu dari Arab Saudi pula telah menawarkan sebanyak USD9 juta (RM35 juta). Teri walau bagaimanapun tidak akan menjual lukisan itu kurang daripada USD50 juta (RM194 juta).
8. Opal terbesar
Selain ciri fizikalnya yang cantik, opal ini adalah 10 kali ganda besar daripada opal terbesar yang pernah direkodkan. Beratnya 11 kilogram dengan anggaran nilai lebih daripada USD1 juta (RM3.8 juta) – tetapi setelah dipotong dan dijadikan perhiasan, nilai keseluruhannya jauh lebih besar! ia dijumpai di Selatan Australia dan ia dikenali sebagai opal matrik Andamooka.
Apabila batuan ini dikeluarkan, kelihatan seperti batu kapur biasa sahaja. Walau bagaimanapun, berlaku magis setelah ia dirawat, hal ini kerana ia mengandungi sedikit gula dan asid sulfur yang membuatkannya bersinar.
Sumber: AisKacang
No comments:
Post a Comment