loading...

Saturday 31 March 2018

Dalam Diam, Cristina Suzanne Selamat Mendirikan Rumah Tangga



PELAKON Cristina Suzanne dikhabarkan tekah bernikah semalam. Mungkin ada sebab kenapa pelakon filem Surf This Love ini berkahwin secara senyap-senyap.
Berita tersebut dikongsi oleh Cristina yang memuat naik sekeping foto pernikahan di laman Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, pelakon itu memuat naik foto hitam putih dan sekadar meletakkan kapsyen 310318.



Ruangan komen foto itu dihujani dengan ucapan tahniah yang dikirimkan oleh teman-teman Cristina.

Pelakon filem Jwanita itu turut membalas perutusan tahniah yang diberikan oleh rakan-rakannya dengan ucapan terima kasih.

Sementara itu, menerusi carian Astro Gempak di laman Instagram, Cristina dipercayai melangsungkan pernikahan dengan M Faiz Zakaria yang berasal dari Johor.



Majlis berinai Cristina dan suami diadakan pada Jumaat (30 Mac) diikuti majlis akad nikah pada semalam (31 Mac).



Tahniah diucapkan untuk Cristina dan suami. Semoga ikatan yang dibina kekal sehingga ke syurga!

Sumber: Klick.my

No comments:

Post a Comment