loading...

Thursday, 15 March 2018

Isteri Bakar Kereta Suami ??..!! Rupa-Rupanya Suaminya menolak permintaannya yang mahukan..

HULU SELANGOR – Gara-gara berang dengan kenderaan suaminya yang sering rosak, seorang wanita bertindak melulu dengan membakar kereta tersebut di hadapan rumahnya di sini.



Difahamkan, wanita berkenaan bertindak di luar jangkaan selepas suaminya menolak permintaannya yang mahukan kereta baharu selepas serik dengan kereta jenama Perodua Kancil itu.

Ini selepas kenderaan tersebut kerap rosak yang mengakibatkan banyak urusan wanita tersebut seperti menghantar anaknya ke sekolah tergendala.
Seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan, pasangan berusia dalam lingkungan 30-an itu telah bertengkar mengenai perkara berkenaan sejak tiga hari yang lalu.



Kira-kira jam 11.30 pagi semalam, wanita tersebut bertindak membakar kereta berkenaan selepas dia terpaksa memandu dalam keadaan cuaca panas selepas penghawa dingin kereta itu tidak lagi berfungsi.

Sehari sebelum kejadian, wanita tersebut turut memecahkan cermin kenderaan bernilai RM4,500 yang yang diletakkan di hadapan rumah pasangan tersebut di Jalan Seroja 1B, Bukit Sentosa, di sini.



Berikutan kejadian tersebut, penduduk di kawasan tersebut menghubungi pihak bomba dan bagi memastikan kebakaran tersebut dapat dikawal daripada merebak.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan, berkata pihaknya menerima panggilan pukul 11.38 pagi sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba kami dapati kerata itu telah terbakar 100 peratus dan kami sedang menyiasat bahan yang digunakan untuk membakar kereta itu,” katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa kenderaan tersebut dibakar dengan sengaja akibat pergaduhan suami isteri dan bukan disebabkan perbuatan khianat orang luar.
Kedua-dua pasangan tersebut juga tidak membuat sebarang laporan polis mengenai insiden kebakaran tersebut.

Sumber: MediaMalaysia.win

No comments:

Post a Comment