loading...

Wednesday, 28 March 2018

Lagu Baru Meletop, Kini Sufian Suhaimi Dapat Tawaran PhD, Murah Rezeki Betul!



Sejak kebelakangan ini, nama Sufian Suhaimi sering menjadi bualan hangat netizen. Pelbagai kontroversi menimpa dirinya selepas putus tunang dengan Elfira Loy. Bagaimanapun, penyanyi ini tetap dilihat tabah dan berjaya menerpa kejayaan apabila lagu barunya itu mendapat tempat di hati peminat.

Terbaru, menerusi Mstar, Sufian turut mendapat tawaran PhD walaupun belum lagi menghabiskan pengajiannya sekarang. Memang rezeki melimpah ruah betul.
Dapat tawaran sambung PhD

Alhamdulillah ada beberapa universiti menawarkan saya untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat PhD walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian di peringat Ijazah Sarjana.

Ada beberapa tawaran menarik diberikan termasuk biasiswa penuh dalam bidang komunikasi dan pengurusan. Saya menganggap ini sebagai rezeki kerana bukan mudah untuk mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke PhD.

Suffian memberitahu dia mendapat tawaran dari universiti awam dan swasta yang menawarkannya untuk melanjutkan pengajian sejurus dia menyelesaikan Ijazah Sarjananya dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Fokus kepada karier terlebih dahulu



PhD bukannya mudah dan saya perlu betul-betul memberi komitmen kepada pelajaran sekiranya saya terima tawaran diberikan. Berat juga hati melepaskan peluang diberikan tetapi saya mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada karier nyanyian terlebih dahulu.

Tambahan pula sekarang banyak perancangan yang telah disusun dan jadual sangat padat buat masa sekarang.

Bagaimanapun, buat masa ini dia terpaksa melupakan terlebih dahulu hasrat untuk menyambung pengajiannya kerana ingin memberi fokus kepada karier seni terlebih dahulu.

Sufian turut akui jadualnya kini padat dengan pelbagai aktiviti seni dan bimbang sekiranya dia tidak dapat membahagikan masa dengan baik.
Tarikh 23 Mac sebagai sesuatu indah untuk dikenang



Asalnya saya mahu melancarkan muzik video ini pada April nanti tetapi saya tetap memilih 23 Mac kerana ingin menjadikan tarikh itu sebagai sesuatu yang indah untuk dikenang.

Alhamdulillah tak sangka dapat sambutan luar biasa peminat dan semua ini tidak akan terjadi tanpa sokongan anda semua malah reaksi yang diberikan juga sangat positif.

Menurut Sufian juga, kejayaan Di Matamu itu adalah kenangan manis dalam kariernya apabilamendapat 4 juta tontonan. Sepatutnya tarikh tersebut adalah hari pernikahan Sufian dan Elfira namun pertunangan pasangan tersebut putus pada 18 Februari lalu.


Sumber : Mstar

No comments:

Post a Comment