PIHAK berkuasa tempatan sebuah hab kewangan utama Filipina sedang menjalankan siasatan penuh ke atas insiden membabitkan tayangan video lucah di sebuah papan iklan elektronik hingga menjejaskan tumpuan pengguna jalan raya.
Datuk Bandar Makati, Abigail Binay, berkata beliau sudah mengarahkan papan iklan itu ditutup serta merta, sebaik sahaja klip memaparkan satu pasangan melakukan hubungan seks muncul di skrin, namun ia sempat dirakam oleh pengguna jalan raya lain.
Video dengan durasi setengah minit itu ditayangkan di papan iklan elektronik di sebuah persimpangan yang sibuk di bandar Makati, tengah hari semalam.
“Operasi papan iklan elektronik ini akan dihentikan seketika sepanjang tempoh siasatan.
“Kita akan melihat jika pemilik papan iklan itu, Globaltronics atau pekerjanya bertanggungjawab ke atas insiden berkenaan,” kata Datuk Bandar.
Datuk Bandar Makati, Abigail Binay. |
Pornografi adalah salah di sisi undang-undang Filipina, termasuk pada kandungan televisyen dan filem tetapi laman web khusus individu dewasa, Pornhub berkata, Filipina berada di tangga ke-13 untuk jumlah pengunjung harian.
Sumber: Klick.my
No comments:
Post a Comment