loading...

Thursday 29 March 2018

Meremang! Rakaman Video Pontianak Kebaya Merah Mirip Fazura



Kejadian terserempak dengan lembaga putih atau pun hantu yang melayang di udara di beberapa lebuhraya khususnya di Lebuhraya Karak sememangnya pengalaman yang biasa dihadapi oleh mereka yang sering menggunakan laluan di kawasan berkenaan ketika hari jauh malam.
Pontianak Kebaya Merah

Namun kali ini, lain pula hantunya! Sebuah video seram yang dimuatnaik di Facebook Hangat Malaysia  menunjukkan seorang wanita dengan kebaya merah mirip Pontianak dilihat sedang berjalan-jalan di tengah jalan raya yang berjaya dirakamkan oleh kamera papan pemuka ketika waktu malam. Di fahamkan lokasi video ini dirakam di Titi Kerawang, Telok Bahang.

Kejadian membuatkan bulu roma meremang lagi-lagi kereta melalui selekoh berkenaan, wanita tersebut dapat dilihat muncul berkali-kali di tepi jalan dengan jelas sedang menyusun langkah mirip gadis zaman dulu kala.


Meremang pulak tengok. Apa motif ratu kebaya buat pagi2 buta kat situ. Kejadian pagi tadi, lokasi Titi Kerawang, Telok Bahang . Bila bunyi bersatu.. kau milik ku 👻 . . #ratukebaya #janganmengata #perempuanfuhh #kauada #ikutcarakita #hantu #hantumalaysia #jembalang #pontianak
Posted by Hangat.com on 28hb Mac 2018

Kelibat wanita ini yang membelakangkan tubuh membuatkan pemandu dan penumpang kereta berkenaan terkejut dan panik seketika.
Mirip Watak Dalam Filem“The Legend Of Pontianak”

Menurut salah satu komen yang ditinggalkan oleh netizen di media sosial, ada yang mengatakan video ini hanya mahu mencetuskan kontroversi sekaligus untuk dapatkan publisiti bagi meluaskan promosi filem terbaru lakonan Fazura, “The Legend Of Pontianak”.



Pakaian pontianak yang dilihat dalam video itu hampir sama dengan kebaya yang dipakai oleh Fazura dalam filem ini memainkan watak wanita vampire. Mungkin ini hanya spekulasi netizen dan kami di hangat.com tak mampu untuk mengesahkan.

Tapi jangan jadi macam kes Cumi-cumi ya! Dek kerana nak cetuskan kontroversi untuk promosi muzik video, habis semua peminat kena game oleh Nabila Razali.

Sumber: Hangat

No comments:

Post a Comment