RASANYA semua orang tahu rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan terbitan JS Picture milik pelakon Sheila Rusly dan suami, Jinggo.
Rancangan ini sudah lama bersiaran dan mengumpul peminat tersendiri. Rancangan masakan ini menjemput para artis terkenal sebagai tetamu undangan untuk menunjukkan bakat memasak.
Namun, semalam Jinggo telah memuat naik kiriman mesej yang diterima daripada seorang netizen. Kiriman mesej tersebut telah menegur kru produksi JS Pictures tidak menghormati azan berkumandang dan tidak segera bersolat.
Pada asalnya mesej tersebut diterima oleh Sheila Rusly tetapi dikongsi oleh suaminya di laman Instagram.
Menurut mesej dikirim menyifatkan kru-kru rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan tidak bersolat. Malah, tidak segera menunaikan perkara wajib itu terlebih dahulu.
Jinggo atau lebih dikenali sebagai Tok Sidang membalas teguran netizen dengan menasihati adat bertegur dengan baik. Kerana setiap teguran boleh dianggap fithnah sekiranya terdapat saya maksud dalam penyampaian.
Dalam kesibukan mencari rezeki, ahli produksi JS Pictures tidak ketinggalan untuk bersolat. Mereka akan bergilir ganti dan mencuri masa juga untuk ke surau bagi menunaikan solat wajib.
Sumber: Klick.my
No comments:
Post a Comment