loading...

Wednesday, 14 March 2018

Rangka Mumia Manusia Tiga Jari Tangan, Kaki Cetus Tanda Tanya




SEAKAN manusia tetapi bukan manusia? Apakah jenis rangka makhluk yang ditemui di Peru ini.

Rangka mumia seakan manusia itu hanya mempunyai tiga jari tangan dan tiga jari kaki. Para penyelidik menamakan rangka mumia itu sebagai Maria.



Ujian yang dilaporkan mendedahkan bahawa Maria adalah humanoid (seperti manusia) kerana mempunyai 23 kromosom, tetapi turut mempunyai beberapa perkara yang menunjukkan ia bukan manusia.



Profesor Konstantin Korotkov, dari Universiti Penyelidikan Kebangsaan Rusia berkata dia juga telah melihat empat mumia lelaki lain yang ditemui oleh rakan-rakannya di Peru, yang dipercayai wujud kira-kira 6,500 tahun lalu.

“Setiap mumia kecil mempunyai dua lengan, dua kaki, kepala, sepasang mata dan mulut. Imbasan Tomografi mendedahkan rangka-rangka mereka.

“Tisunya mempunyai sifat biologi dan komposisi kimianya menunjukkan ia adalah manusia. Ia mempunyai 23 pasang kromosom, sama seperti yang kita ada.

“Keempat-empatnya adalah lelaki, masing-masing mempunyai kromosom Y. Ia nampak manusia tetapi tidak. Struktur anatomi mereka berbeza,” katanya.



Pasukan yang menyelidik Maria telah melakukan penyiasatan terhadap penemuan ini sejak tahun lepas.

Laman web teori konspirasi Gaia.com menunjukkan video yang mencadangkan penemuan itu mungkin berkait rapat dengan manusia, tetapi masih datang dari luar angkasa.

“Mereka boleh jadi makhluk luar angkasa atau robot bio. Maria dan (bayi) Vavita mungkin merupakan wakil bangsa tertentu yang mungkin mencapai tahap kemajuan lebih awal daripada kita.

“Mungkin beribu-ribu tahun sebelumnya,” kata Profesor Kortkov bersetuju dengan pendapat tersebut.

Kalau bukan manusia, apakah makhluk yang menyerupai manusia itu? Sebagai umat Islam, kita percaya selain manusia ada juga makhluk Allah SWT yang dipanggil jin.


Sumber: Klick.my

No comments:

Post a Comment