EKSEKUTIF Pemasaran produk kesihatan dan kecantikan Eryns, Norseela Mazlan,36, berharap netizen atau masyarakat di luar sana tidak lagi mengecam produk mereka gara-gara isu yang melanda pelakon Izreen Azminda Aznam,33.
Laman sosial instagram Eryns (@erynshq) mula diserang peminat apabila haters pelakon tersebut menganggap Izreen masih model produk mereka.
Haters Izreen yang menggunakan beberapa akaun palsu seperti @therealizreenazminda, @izreenazminda_haters dan @izreenazmindaofficial memuatnaik kembali gambar-gambar Izreen bersama produk mereka seolah-olah mahu memboikot produk tersebut.
Cerita Norseela atau lebih mesra dipanggil Shila, “tidak dinafikan, Izreen pernah menjadi model produk kami untuk tempoh enam bulan. Itu pun pada tahun 2016. Sekarang, Izreen bukan model produk kami lagi.
“Izreen bukanlah duta produk seperti mana yang dianggap oleh sesetengah netizen. Kami lantik Izreen sebagai model atau penampilan istimewa sempena promosi produk Eryns ketika itu.
“Selepas enam bulan kami tidak lagi menggunakan gambar atau pun video Izreen untuk tujuan promosi produk. Ini kerana perjanjian kami hanya untuk tempoh enam bulan.
“Saya tahu sesetengah netizen masih keliru apabila ada (haters) yangyang memuatnaik kembali gambar-gambar Izreen bersama produk kami. Itu adalah gambar semasa majlis pelancaran produk Eryns pada 22 September 2016, dua tahun lalu.
“Bukan itu sahaja, ada yang menganggap produk Eryns dan Izreen saling berkaitan hanya kerana sebutan kedua-dua nama ini hampir sama. Ini hanyalah secara kebetulan.
“Sebenarnya, buat masa ini, Eryns tidak melantik mana-mana model atau duta produk.
“Pada mulanya kami tidak mahu tampil membuat penjelasan kerana menganggap itu hanya isu kecil. Tetapi ia menjadi lebih teruk apabila semakin ramai yang keliru sehingga mahu memboikot produk-produk Eryns,” luah Shila.
Antara akaun palsu Izreen |
PESANAN IZREEN KEPADA SEMUA FAKE ACCOUNT NAMA IZREEN AZMINDA
Harap tiada yang keliru
Shila berharap tidak akan ada lagi kekeliruan yang berlaku terhadap produk Eryns. Baginya, tidak adil apabila ada pihak menghasut orang lain memboikot produk mereka.
Sambungnya, “saya berharap tidak ada lagi yang mahu memboikot produk kami.
“Kami pun tidaklah menyalahkan Izreen atau mana-mana pihak, jauh sekali mahu menyentuh isu yang diperkatakan ini.
“Sepanjang kami bekerja dengan Izreen pun, dia memberikan kerjasama yang sangat baik.
“Penjelasan ini tidak lain tujuannya, hanya untuk meleraikan kekeliruan yang berlaku. Saya harap tidak akan ada lagi yang mahu memboikot produk kami.”
Selain produk kesihatan dan kecantikan, Eryns juga menjalankan perniagaan pakaian bundle iaitu Eryns Bundle RM1 dan Eryns Premium Bundle.
Penghujung tahu lalu, gempar apabila Izreen mengaku sah menjadi isteri kedua kepada pemuzik bebas Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid,30. Mereka bernikah pada 8 Ogos 2017 dalam satu perkahwinan tertutup di Damansara.
Keadaan menjadi lebih hangat apabila Ude dan bekas isteri pertamanya, Intan Liana Saleh, 33, sah bercerai talak satu, pada 22 Mac baru-baru ini.
Ude dan Intan Liana bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1.
Sementara itu, Izreen Azminda pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada tahun 2012 dan berpisah dua tahun kemudian.
Izreen dan bekas suami, dikurniakan seorang anak, Muhamad Adrian Umar,5.
Kami doakan agar segala urusan Izreen, Ude dan Intan dipermudahkan. Apa yang berlaku, sama-samalah kita berdoa agar kita semua menjalani hari-hari yang lebih baik. Amin…
Sumber : GedebakViral
No comments:
Post a Comment