MUNGKIN masih ramai yang tertanya-tanya status warganegara pelakon terkenal, Adi Putra menyebabkan pelakon berkenaan memuat naik gambar kad pengenalannya di Instagram.
Umum mengetahui Adi berasal dari Singapura dan bekerja di Malaysia. Malah dia juga mendirikan rumah tangga dengan orang Malaysia.
Menurut Adi, dia sudah lama bergelar warganegara Malaysia namun cuma kini baru dia bersedia untuk mengumumkan kepada umum hal tersebut.
“Ramai mempersoalkan tentang kerakyatan saya. Memang benar saya dilahirkan di Singapura, berkecimpung dunia perfileman di Malaysia, berniaga syarikat pengurusan Umrah dan Haji di Malaysia, isteri Datin Hajah @adyaidayusof kelahiran Malaysia, anak-anak warga Malaysia. Saya menjadi warga Malaysia sudah lama tapi sudah tiba masa saya umumkan status warga saya ialah Malaysia,” tulisnya.
Tahniah buat Adi kerana sudah menjadi rakyat Malaysia. Jadi selepas ini usah diragui lagi status warganegaranya.
Sumber: Klick.my
No comments:
Post a Comment