SEBELUM ini pernah tular di media sosial mengenai perkhidmatan pelanggan syarikat penerbangan AirAsia yang dikatakan tidak cermat menguruskan bagasi penumpang sehingga rosak.
Selepas tular kisah itu, tersebar video menunjukkan pekerja-pekerja bahagian berkenaan mencium bagasi pelanggan sebagai simbolik mereka akan melakukan kerja dengan lebih cermat dan berhemah.
Namun, kes tersebut berulang lagi dan kali ini melibatkan pengacara dan pelakon terkenal, Datuk AC Mizal.
Menerusi laman Facebooknya, AC Mizal meluahkan perasaan kecewanya menerusi sebuah video.
Menurut AC Mizal, dia begitu kecewa dengan ‘customer service’ syarikat penerbangan tersebut yang didakwanya kurang ajar dalam menguruskan bagasi penumpang.
“Saya betul-betul kecewa dengan Airline AIR ASIA…… #airlinemurahpunah please respect your customer and our property! Customer Service AirAsia sungguh kurang ajar dan tak membantu langsung!” tulisnya.
Luahan kekecewaannya itu mendapat sokongan daripada peminat dan netizen. Malah ada antara mereka berkongsi pengalaman yang sama.
Semoga luahan daripada seseorang yang dikenali seperti AC Mizal, akhirnya mendapat perhatian CEO AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes untuk memastikan kes sebegini tidak berulang lagi sekaligus mencemar imej syarikat penerbangan berkenaan.
Sumber: Klick.my
No comments:
Post a Comment