loading...

Tuesday, 24 April 2018

Bakal Dipenjarakan? Serina Redzuawan Bengang Dengan Bekas Suami



KEMELUT hak penjagaan anak kepada pelakon Serina Redzuawan semakin panas apabila ia memasuki episod baharu.
Semalam Serina memuat naik satu ‘screenshot’ di Instagramnya berhubung artikel dia bakal dipenjara daripada keratan sebuah akhbar.



Dalam kapsyen yang ditulis, Serina meluahkan rasa geram kepada bekas suaminya, Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar kerana membuat tuduhan dia melanggar perintah mahkamah.

“Wahh..Hebatnya permainan lebai Gavin, buat tuduhan I langgar perintah hanya kerana benarkan anak-anak tidur sebilik dengan Papa I? Di mana logiknya seorang atuk tak boleh tidur sebilik dengan cucu-cucu dan mereka ini masih kecik.

“Lainlah kalau Isabella itu anak dara sunti umur sudah belasan tahun. Lebih pelik perjanjian itu ikat papa saya bersama sedangkan papa tak bersetuju apa-apa. Bagaimana Gavin yang dengan sendiri melanggar perintah mahkamah tidak berkelakuan dan hidup dengan cara bukan Islam.



“Bersekedudukan dan bermesra dengan wanita bukan isteri di depan anak-anak sehingga ditangkap khalwat! Dah malu dan takut terus kawin.

“Padahal dalam perintah mahkamah jelas dia kena jaga perilaku dan ikut cara Islam depan anak-anak. Apa yang anda baca ini hanyalah write up yang Gavin spin nakkan perhatian dan publisiti murahan, pandai pulak cari media!

“Perbicaraan kami belum mula pun lagi sebenarnya. Ini bukan keputusan mahkamah ya. Takpelah Gavin kalau nak berpura-pura dan mempermainkan agama Islam Allah SWT Maha Berkuasa.

“U akan diberi balasan setimpal oleh Allah SWT di dunia mahupun di akhirat. Kifarah pasti ada. Kebenaran pasti akan terungkai tidak lama lagi. Allahuakhbar!” tulisnya.



Besar sungguh ujian yang Serina terpaksa lalui untuk mengambil kembali hak penjagaan anak-anak daripada bekas suami. Kami di sini mendoakan agar ‘kemenangan’ menjadi milik Serina.

Sumber: Klick.my

No comments:

Post a Comment