PERNAH dikaitkan dengan tiga jejaka iaitu Tajul Arif, Khai Bahar dan terbaharu bekas anggota kumpulan Q Face, Fairuz Selamat, namun sehingga kini Wany Hasrita sebenarnya masih solo.
Menurut Wany, masih terlalu awal untuk dia memikirkan soal jodoh kerana karier seninya baharu sahaja bermula dan banyak perkara ingin dicapai sebelum berkahwin.
“Ingin saya tegaskan buat masa ini saya tidak mempunyai teman lelaki dan gosip terbaru mengatakan saya bercinta dengan Fairuz pun tidak benar.
“Kami bersahabat dan sudah mengenali antara satu sama lain sebelum saya bergelar artis lagi. Buat masa ini saya selesa fokus kepada kerjaya dan bidang perniagaan yang baru saya ceburi,” katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.
Sementara itu, Wany sempat ditanya mengenai ciri lelaki idamannya. Dia secara bergurau memberitahu dia mencari calon yang ‘tall, dark and handsome’ (tinggi, sawo matang dan kacak).
“Kalau bercakap tentang kriteria yang saya cari sebagai teman hidup kalau boleh biarlah yang ‘tall, dark and handsome’… hahaha,” ujarnya yang mengharap tiada lagi nama lelaki dikaitkan dengan dirinya selepas ini.
Wah, macam pernah dengar perkataan ‘tall, dark and handsome’ ini! Bukan ke perkataan ini merupakan ‘trademark’ yang biasa digunakan netizen untuk ditujukan kepada Yang Berhormat Khairy Jamaluddin.
Apapun, semoga Wany bertemu dengan jejaka idamannya satu hari nanti.
Sumber: Klick.my
No comments:
Post a Comment