loading...

Monday, 23 April 2018

Kanak-Kanak Lelaki Curi Kad Kredit Ibu, Pergi Melancong Ke Bali



BARU berusia 12 tahun namun seorang kanak-kanak lelaki dari Australia tekad ke luar negara seorang diri.
Dia mencuri kad kredit milik ibunya untuk melancong seorang diri ke Bali, Indonesia selepas bergaduh bersama ibu bapanya di rumah mereka baru-baru ini.

Budak lelaki berkenaan telah menempah tiket penerbangan dan hotel mewah di Bali selepas berjaya mendapatkan pakej pelancongan murah melalui internet.



Kanak-kanak tersebut telah menaiki penerbangan transit dari Sydney ke Perth dan kemudiannya terus ke Denpasar, Bali.

Dalam pada itu, dia juga berasa hairan mengapa orang ramai tidak menegurnya sedangkan dia seorang kanak-kanak dan hanya bersendirian di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.

“Pegawai bertugas hanya meminta kad pengenalan pelajar dan pasport untuk membuktikan bahawa saya berumur 12 tahun dan belajar di sekolah menengah,” katanya.

Emma


Sementara itu, ibunya, Emma berasa terkejut dan tidak boleh menjelaskan bagaimana perasaannya selepas mengetahui anaknya itu ke luar negara seorang diri dan menginap di Hotel All Season yang bertaraf empat bintang.

Sumber: Klick.my

No comments:

Post a Comment