loading...

Sunday, 22 April 2018

Kejutan Hari Jadi, Achey Bocey Hadiahkan Isteri Kereta Mewah



DI sebalik kejayaan seorang suami pasti di belakangnya berdiri seorang isteri. Jadi, tidak salah seorang suami menghargai pengorbanan isteri dengan memberi hadiah.
Itulah yang dilakukan oleh pelawak dan pengacara terkenal, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah terhadap isterinya, Nor Hasanah Yahaya.



Kelmarin Achey membuat kejutan kepada isterinya yang menyambut hari jadi ke-28 dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah terpakai jenis Audi TT berwarna kuning.

Bercerita mengenai kejutan yang dilakukannya itu, Achey mendakwa dia tidak membenarkan isterinya memeriksa telefon bimbitnya selama hampir sebulan.



Menurutnya lagi, dia berbuat demikian kerana ingin melakukan kejutan hari jadi istimewa buat isterinya itu.

“Selama hampir sebulan juga saya tak benarkan isteri pegang atau periksa telefon bimbit saya.

“Saya ada beritahulah sebab apa tak benarkan. Dia tahu yang saya ada nak buat kejutan hari jadi untuknya.

“Tapi dia tak tahu apa elemen-elemen kejutan yang saya rancangkan. Malah, tiada siapa pun tahu kecuali penaja-penaja pada majlis itu,” katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.



Mengenai kereta mewah yang dihadiahkan kepada isterinya, menurut Achey, hadiah tersebut bagi menghargai usaha kerja keras isteri menguruskan kerjayanya selama lima tahun dalam industri.

“Saya hadiahkan kereta terpakai itu sebagai tanda penghargaan buat isteri yang selama ini menguruskan kerjaya saya selama lima tahun.

“Dia tidak pernah minta apa-apa daripada saya. Selama ini pun, saya sahaja yang minta. Jadi inilah hasil dari 2013 sampai 2018 dia menjaga saya.

“Lagipun, dia pernah kata kereta itu cantik tapi tak pernah pun minta untuk saya beli. Kiranya, ia satu kejutan istimewa untuknya,” ujarnya.



Bertuah sungguh isteri Achey dapat suami yang tahu menghargai pengorbanan dan susah-payah seorang isteri.

Sumber: Klick.my

No comments:

Post a Comment