BARU-BARU ini Fathia Latiff mencetuskan kontroversi sekali lagi apabila dituduh sengaja mengambil kesempatan atas kisah putus tunang antara Sufian Suhaimi dan Elfira Loy.
Fathia telah mengaitkan nama Elfira di Twitter beserta muzik video rakaman semula lagu Di Matamu yang dinyanyikannya.
Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan aktres itu yang dikatakan sengaja mencari publisiti apabila melibatkan Elfira dalam hal berkenaan.
Namun tuduhan itu disangkal oleh Fathia atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff.
Menurutnya, dia dan penyanyi Hez Helmi telah menukar lirik lagu Di Matamu nyanyian Sufian Suhami itu sekadar untuk hiburan.
“Saya ada terbaca kisah mereka di laman sosial. Jadi, saya saja cuba menukar lirik lagu Di Matamu versi balasan (reply).
“Memang tak ada niat nak ambil kesempatan dengan kisah mereka. Hanya sekadar untuk hiburan sahaja. Bila saya tag Elfira, mestilah dia terkejut.
“Tapi dia okey sahaja. Kenapa netizen nak pertikaikan sedangkan empunya badan pun tak kata apa-apa,” kata Fathia, seperti dilaporkan mStar Online.
Muzik video lagu Reply to “Di Matamu” Sufian Suhaimi nyanyian Fathia yang dimuat naik di YouTube pada Jumaat lalu kini sudah mendapat 364,760 tontonan.
Klip videonya juga menjadi trending di tangga ketujuh YouTube serta mendapat pujian daripada netizen.
Sumber: Klick.my
No comments:
Post a Comment