loading...

Monday, 9 April 2018

‘Tiada niat menghina agama Islam, sekadar bergurau dengan rakan-rakan’ – Mira



Susulan tindakan seorang Instafamous yang didakwa mempersendakan agama Islam, tuan empunya badan, Mira, tampil memohon maaf dan memberi penjelasan bahawa video itu bukan dimuat naik olehnya sehingga viral di media sosial menyebabkan dirinya dikecam netizen.

Dalam kenyataan yang dimuat naik oleh Mira tiga jam yang lalu, Mira menjelaskan dia hanya sekadar bergurau dengan rakan-rakannya dan tidak menyangka video tersebut viral selepas dimuat naik oleh rakannya itu.

“Assalamualaikum. Ramai kata Mira mempersendakan agama Islam. Sebenarnya Mira tak post langsung video itu. Tetapi kawan Mira yang post.

“Dah minta dia delete video itu sebab rasa sendiri video itu salah. Tapi apa boleh buat, video itu jadi viral walaupun sudah dipadamkan.

“Pada situasi itu, Mira cuma bergurau dengan rakan-rakan dan tak sangka video itu dirakam (diambil dan dimuat naik semula) oleh orang lain. Tak terdetik pun dalam hati nak menghina Islam.

“Kalau video yang tular itu membuatkan kalian rasa Mira ini menghina Islam, Mira minta maaf! Maaf sangat! Tetapi jujur cakap, Mira tidak ada niat langsung nak mempersendakan agama sendiri,” katanya.

Dalam kenyataannya itu juga, Mira meminta netizen berhenti mengkritik dan melemparkan pelbagai tuduhan yang dianggap melampau kerana bimbang setiap tuduhan yang tidak betul itu akan menjadi fitnah.

Baca: ‘Nak femes, tak payah buat benda bodoh’ – Netizen kecam Instafamous mempersendakan agama

“Cukuplah dengan kritikan dan tuduhan melampau korang. Takut nanti setiap tuduhan tak betul itu jatuh fitnah. Selepasnya itu urusan Mira dengan Allah. Allah Maha Mengerti, Allah Maha Mengampun.

“Mira nak minta semua yang sebarkan video itu, tolonglah padam sebelum ramai lagi salah faham dan buat andaian sendiri. Berhenti buka aib Mira. InshaAllah Mira akan lebih berhati-hati dengan setiap perbuatan yang dilakukan kelak. Mira jadikan apa yang sudah berlaku ini sebagai pengajaran untuk diri sendiri juga. Harap semua faham. Terima kasih,” katanya.

Assalamualaikum. Ramai kata mira mempersendakan agama islam. Sebenarnya mira tak post langsung video tu, tapi kawan mira yang post. Dah minta dia delete video tu sebab rasa sendiri video tu salah. Tapi apa boleh buat, video tu jadi viral walaupun dah padam. . . Pada situasi tu mira cuma bergurau dengan rakan-rakan dan tak sangka video tu dirakam orang lain. Tak terdetik pun dalam hati nak hina islam. Kalau video yang tular tu membuatkan kalian rasa mira ni menghina islam, mira minta maaf! Maaf sangat! Tapi jujur cakap, mira takde langsung niat nak mempersendakan agama sendiri. . Cukuplah dengan kritikan dan tuduhan melampau korang. Takut nanti setiap tuduhan tak betul tu jatuh fitnah. Selebihnya itu urusan mira dengan Allah. Allah Maha Mengerti, Allah Maha Mengampun. . Mira nak minta semua yang sebarkan video tu, tolonglah padam sebelum ramai lagi salah faham dan buat andaian sendiri. Berhentilah buka aib mira. Terima kasih. . InshaAllah mira akan lebih berhati-hati dengan setiap perbuatan yang dilakukan kelak. Mira jadikan apa yang dah berlaku ni sebagai pengajaran untuk diri sendiri juga. Harap semua faham.
A post shared by @ nrhwz on


Terdahulu seorang pengguna Facebook memuat naik video yang mendakwa Instafamous berkenaan mempersendakan agama Islam dengan meniru gaya solat di tempat bermain Ice Skating di sebuah pusat beli-belah.

Sumber : thereporter

No comments:

Post a Comment