loading...

Saturday, 19 May 2018

Bekas Perdana Menteri Najib Razak Membuat Laporan Polis, Ini Sebab Kenapa Beliau Terpaksa Kerana Keluarga Terancam.



Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membuat laporan polis mengatakan nyawa beliau dan keluarganya terancam, lapor media tempatan.

Najib turut meminta diletakkan di bawah program perlindungan saksi berhubung siasatan skandal berkaitan skandal 1MDB, petik laporan Malay Mail.

“Najib membuat laporan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul semalam kira-kira pada jam 5 petang,” petik laporan itu lagi.

Dalam laporan polis yang dilihat Malay Mail itu, Najib berkata terdapat ancaman jelas terhadap nyawa beliau dan anggota keluarganya serta telah membuat permohonan rasmi untuk diletakkan di bawah program perlindungan saksi.

Laporan itu juga menyebut dakwaan Najib yang memetik sumbernya berkata ancaman itu bukan sahaja datang dari dalam negeri tetapi dari luar negara juga.

Malay Mail turut memetik Najib yang menceritakan mengenai serbuan polis terhadapnya baru-baru ini.

“Dalam laporan polisnya, beliau (Najib) berkata pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman tiba di kediamannya pada malam 10 Mei, sehari selepas PRU14.

“Beliau berkata pegawai polis itu berada di kediamannya selama 18 jam dan merampas barangan milik beliau dan anak lelakinya yang tiada kena-mengena dengan 1MDB.



Dalam laporan polis itu juga, Najib mendakwa barang kemas dan barangan peribadi lain yang dirampas polis di Pavillion Tower itu merupakan hadiah daripada kawan-kawannya.

“Beliau juga mengatakan wang tunai (yang dirampas) itu sebenarnya untuk digunakan dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional,” petik laporan itu.

Najib juga dipetik laporan itu sebagai berkata para penyiasat yang menyerbu kediaman berkaitannya gagal memberikan beliau senarai barangan yang diambil.

Selain itu, laporan itu juga memetik Najib yang berkata hanya memainkan peranan penasihat dalam syarikat 1MDB dan tidak terlibat dalam proses pembuatan keputusan.

“Beliau berkata keputusan urus niaga 1MDB dibuat lembaga pengarah dan pihak pengurusan.

“Dalam laporan polis (Najib) itu, beliau mendakwa RM2.6 bilion yang diterimanya itu hanyalah derma daripada keluagra diraja Arab Saudi,” lapor Malay Mail.
NAJIB RAZAK TERKILAN DENGAN SIKAP MEREKA YANG BERADA DIRUMAH MEREKA UNTUK SIASAT TETAPI RUPA RUPANYA MEREKA
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengecam pihak polis yang didakwa beliau makan makanan dan coklat dari peti sejuk ketika serbuan ke rumah anak-anaknya.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh peguamnya, Harpal Singh Grewal, Najib membangkitkan cara “tidak bertanggungjawab” serbuan polis itu dijalankan.

“(Ia) dicerminkan dengan cara kakitangan polis yang makan makanan dan coklat di dalam peti sejuk serta kemudiannya meminta makanan disediakan untuk mereka.

“Publisiti yang meluas sekitar rampasan itu yang sebenarnya hanya barangan peribadi kepunyaan anak-anaknya telah menyebabkan penghinaan yang teruk dan memalukan kepada keluarga tersebut.”

Keluarga itu mempersoalkan sebab-sebab rampasan barangan kepunyaan anak Najib.

Menyebut serbuan di Pavilion Residences, Harpal memberitahu pemberita hari ini dua unit kondominium itu didiami anak-anak Najib, iaitu Nor Ashman dan Nooryana Najwa.
Peguam pertikai polis rampas barang anak Najib
Seorang peguam mewakili Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan kewajaran pihak berkuasa merampas barangan milik anak bekas perdana menteri itu dalam siasatan mereka ketika ini.

Memetik serbuan dan sitaan anggota polis Bukit Aman di kondominium Pavilion Residence Datuk Harpal Singh Grewal berkata dua unit kediaman berkenaan didiami dua anak Najib, iaitu Ashman dan Nooryana Najwa.

“Najib ingin menyatakan kekecewaan beliau terhadap penyitaan barangan peribadi sewenang-wenangnya di kedua-dua premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada pemberita di luar kediaman Najib di Jalan Langgak Duta hari ini.

Menurut peguam itu antara barangan peribadi Ashman yang dirampas ialah jam tangan dan komputer riba, selain pakaian, kasut serta pakaian bayi milik Nooryana.

Kata Harpal Singh tiada cubaan dibuat bagi mengesahkan sama ada pakaian, kasut serta baju bayi itu ada kaitan dengan siasatan yang dijalankan.

“Kedua-dua mereka tidak ada sebarang kaitan dengan 1MDB atau syarikat yang sedang disiasat,” katanya.

Harpal Singh berkata kedua-dua anak anggota parlimen pembangkang itu berhak untuk memiliki pakaian dan kasut berkenaan, sama seperti orang lain.

Sumber: KiniTV

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment