NAMA Elfira Loy sejak putus tunang dengan Sufian Suhaimi sering menjadi tumpuan para peminat. Tidak tahu di mana silapnya, Elfira sering terpalit dengan isu kontorversi.
Terbaharu, umum mengetahui kisah perceraian melibatkan pelakon Nazim Othman dan Bella Dally baru-baru ini.
Berita sedih itu disampaikan oleh mereka berdua menerusi laman Instagram masing-masing pada Khamis lalu.
Namun, apa yang tidak manisnya, nama Elfira turut terkena tempias dengan kisah penceraian mereka.
Elfira dituduh menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan itu.
Tuduhan tersebut dibuat oleh seorang pemilik akaun di laman Twitter bernama Mohamad Azif.
Malah, netizen itu juga turut mengaitkan nama bekas tunang Elfira iaitu penyanyi Sufian Suhaimi.
“Rupanya Elfira Loy punca Nazim Othman bercerai Bella, dah putus dengan Sufian pergi hancur rumah tangga orang lain hmmm,” tulis Azif.
Kata Elfira, dia berasa sakit hati dengan dakwaan tersebut namun tidak mahu ada perasaan marah kerana menghormati bulan yang mulia ini.
Elfira turut mempersoalkan tindakan individu tersebut yang sekadar ingin mendapatkan perhatian atau sengaja mahu memfitnahnya.
“Bulan yang mulia ini tak baik marah-marah tapi sakit jugalah hati ini.
“Adakah awak tweet sekadar untuk mendapat retweet atau memang nak fitnah saya?,” kata Elfira menerusi laman Twitternya.
Rata-rata pengikut Elfira di laman sosial menasihati pelakon wanita itu supaya bersabar dan mengecam semula individu tersebut.
Difahamkan, Elfira dan pasangan itu sememangnya sudah lama berkawan rapat. Elfira dan Bella juga kerap meluangkan masa bersama.
Sehingga kini, Nazim mahupun Bella hanya mengunci mulut punca sebenar perkahwinan yang dibina selama dua tahun itu berakhir.
Orang lain yang bercerai orang lain yang dapat tempiasnya. Harap Elfira terus tabah menghadapi fitnah yang tidak berasas.
Sumber: Klick.my
No comments:
Post a Comment