loading...

Sunday, 20 May 2018

Editor Sarawak Report puji rakyat Malaysia berani



PETALING JAYA – Editor laman web berita, Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown memuji keberanian ramai pihak mempertaruhkan keselamatan mereka demi mendedahkan isu rasuah di Malaysia.

Dia berkata demikian kepada The Star dalam wawancara eksklusif sejurus selepas tiba di Malaysia, susulan waran tangkap terhadapnya dan laman web penyiasatannya Sarawak Report, masing-masing ditarik balik.

Mengakui peranan dimainkan oleh orang-orang seperti dirinya dalam mendedahkan cerita bahawa media arus perdana tidak dapat meneruskannya, Rewcastle Brown berkata, dia merasakan terdorong untuk mengikuti sebahagian cerita dan berita kerana integriti mereka yang terlibat.

“Terdapat banyak kecurigaan berbangkit mengenai dana 1MDB oleh parti pembangkang, untuk permulaan,” katanya

“Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tony Pua merupakan yang paling menekakan mengenai bagaimana dana itu diuruskan.

“Saya kemudian memahami apa yang jelas hubungan antara 1MDB dan keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak apabila saya sedar bahawa ahli perniagaan Jho Low mengiringi Riza Aziz di Hollywood dan Riza melancarkan sebuah filem yang mahal, Wolf of Wall Street,” katanya.

Wolf Of Wall Street merupakan filem drama komedi dibintangi Leonardo Di Caprio, yang memenangi anugerah Oscar pada 2013.

“Saya mula mengajukan soalan namun tidak mendapat jawapan memuaskan dan apa yang saya dapat adalah surat guaman . Saya mengambil masa lebih setahun sebelum mendapat peluang besar mengupas isu pertama mengenai 1MDB iaitu perjanjian PetroSaudi,” katanya.

Pegawai dari PetroSaudi International telah disiasat, yang merupakan sebagai sebahagian daripada siasatan yang lebih meluas ke atas kecurian aset disyaki dari dana negara 1MDB Malaysia.

Salah seorang pegawai tersebut adalah Xavier Justo. Rewcastle Brown menemuramah isterinya, Laura pada Julai 2016.

“Suaminya menghabiskan masa 18 bulan di penjara dan tidak lama selepas suaminya ditangkap, dia menghubungi saya. Saya berjumpa dia dan dia seorang wanita muda berdepan dengan kesulitan.

“Saya fikir adalah penting mengeluarkan bantahan mengenai beberapa perkara buruk yang ditulis tentang Xavier selepas dipenjarakan.

“Saya boleh rasakan apa yang berlaku adalah mereka mengancam pasangan ini,” katanya.

Rewcastle Brown juga merujuk teman-temannya di Sarawak Report dan Radio Free Sarawak.

“Saya bekerja dengan ramai orang yang berani, mereka yang bekerja di radio tersebut adalah hero. DJ Peter John Jaban saya telah pulang dan dia sangat gembira dengan apa yang betul dan yang berani.

“Apabila anda melihat orang seperti Bill Kayong (aktivis PKR dibunuh) dan paderi (Raymond Koh) yang diculik, ia adalah kes mengejutkan Ia serta-merta membangkitkan ketakutan semua pihak,” ujarnya.

Sumber: SinarHarian

No comments:

Post a Comment