Nama saya Laila. Saya dan suami kahwin atas dasar cinta. Kami memang jenis gila-gila dan memang tak pernah amal Islam. Halal haram memang kami terjah je.
Saya dan suami pernah dua kali melakukan perbuatan terkutuk apabila bertukar pasangan dengan suami serta isteri rakan kami sendiri.
Itu perkara paling teruk yang saya pernah lakukan ketika melalui zaman jahiliah lebih lima tahun lalu.Kini saya menyesali perbuatan terkutuk itu dan sudah meninggalkan gaya hidup tidak bermoral berkenaan, kata Laila, 36, yang diceraikan suami selepas berhijrah kepada cara hidup lebih ba#ik manakala lelaki itu kekal dalam kejahilan.
Dulu Laila dan suaminya, Khairul, 37, yang mengusahakan perniagaan kenderaan terpakai gemarkan kehidupan bebas, malah melakukan banyak perkara mungkar sejak berkasih ketika masih di sekolah menengah lagi. Bagaimanapun, Laila yang bertugas sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat swasta di Johor akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti melakukan perkara terkutuk itu selepas rakan baiknya yang juga seorang wanita memeluk islam.
Semuanya berlaku pada 2011 apabila rakan setugas yang juga seorang perempuan tiba-tiba menyuarakan hasrat mahu memeluk Islam kerana beranggapan ia agama yang indah. Dia turut meminta saya mengajarnya berkaitan Islam. Saya terkejut kerana tidak mempunyai pengetahuan mendalam berkaitan Islam, malah boleh dianggap jahil, katanya.
Menurutnya, sejak tu dia mula menyimpan hasrat mahu berubah jadi insan yang lebih baik. Katanya, 3 bulan selepas rakannya memeluk Islam, Laila mula mengenakan pakaian sopan untuk ke pejabat selain tidak lagi mengikuti pelbagai aktiviti sosial bersama suaminya. Bagaimanapun, perubahan Laila tidak menarik minat suaminya, malah lelaki itu mengatakan ianya hanya sementara dan dia akan kembali dengan perbuatan terkutuk me#reka.
Saya sedih dengan kenyataan suami, namun bersyukur kerana keluarga serta mertua memberi sokongan penuh untuk saya berubah. Selepas itu, saya dan suami bercerai akibat tiada lagi persefahaman hidup. Saya mula mengikuti kelas agama pada masa lapang dan berdoa kesalahan saya diampuni tuhan, katanya lagi.
Sumber via poksang
No comments:
Post a Comment