loading...

Wednesday 14 March 2018

(Video) Remaja OKU dibuli sebelum telefon dan wangnya disamun dua lelaki



Viral di media sosial video seorang remaja OKU dibuli oleh dua lelaki sebelum menyamun telefon bimbitnya serta wang tunai.

Menurut Nur Izzara Aisha yang memuat naik gambar dan video kejadian di Facebooknya itu berkata, kejadian itu berlaku di padang permainan di taman perumahan di Taman Sri Kluang.

“Kejadian membuli dan mencuri telefon bimbit milik seorang anak kurang upaya (OKU).

“Mohd Nor Akmal dibuli di padang permainan di rumah murah Taman Sri Kluang serta telefon bimbitnya jenama Samsung J2 dan wang belanjanya dalam beg merah telah diambil dua lelaki terbabit,” tulisnya.

Berdasarkan video tersebut, mangsa ditolak beberapa kali oleh suspek yang dikenali sebagai Boy, manakala rakan suspek pula merakam video kejadian itu.

Sesekali mangsa cuba menolak suspek agar berhenti dari mendekati dan mengapa-apakannya. Malangnya, suspek menolak lehernya dengan kuat sehingga menyebabkan mangsa tercekik menahan kesakitan.

Sementara itu di media sosial, netizen mengutuk tindakan suspek dan menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap dua remaja terbabit.

Nur Izzara turut berkongsi ID Facebook suspek, bagaimanapun akaun Facebook berkenaan telah dipadamkan berikutan kes itu mula viral di media sosial.

“Seriously saya menangis tengok video ini sebab terbayangkan anak buah saya sendiri yang juga OKU,” katanya yang juga berharap remaja terbabit mendapat balasan setimpal.





Difahamkan, laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa dan berdasarkan laporan tersebut, polis telah menahan remaja berkenaan dan dibawa ke balai untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: TheReporter

No comments:

Post a Comment