loading...

Monday, 14 May 2018

Ada penjawat awam bakal diserap ke sektor swasta



PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan penjawat awam tidak akan dikurangkan meskipun jumlah kementerian dikecilkan tetapi akan dipindahkan mengikut kesesuaian agensi termasuk ke sektor swasta.

“Kita tidak akan gugurkan mereka (penjawat awam) selepas mereka bekerja sekian lama dengan kerajaan, kita akan cari kaedah untuk tempatkan mereka ini di jabatan lain dan juga agensi lain.

“Penjawat awam yang terbabit dengan penstrukturan semula akan dipindahkan ke jabatan dan agensi tertentu mengikut kesesuaian bagi mengelak mereka hilang pekerjaan,”katanya.

Dalam pada itu beberapa kementerian akan digugurkan seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Oleh kerana bilangan kementerian dikecilkan, Ketua Setiausaha juga akan berkurangan,”katanya.

Sementara itu, Tun Dr Mahathir berkata, dasar kerajaan terdahulu akan dikaji semula termasuk agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) serta beberapa agenda lain ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Shahrir letak jawatan Pengerusi FELDA



TAN Sri Shahrir Abdul Samad meletak jawatan sebagai Pengerusi FELDA berkuat kuasa hari ini.

Shahrir berkata, surat peletakan jawatan sudah dihantar kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Memandangkan saya dilantik sebagai Pengerusi FELDA oleh kerajaan sebelum ini, adalah wajar untuk saya melepaskan jawatan di dalam institusi yang diterajui oleh kerajaan baru.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga FELDA di atas sokongan dan kerjasama baik sepanjang perkhidmatan saya sebagai Pengerusi FELDA dalam usaha membawa FELDA ‘Balik ke Asal’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pembebasan Anwar ditunda



PETALING JAYA: Hasrat rakyat Malaysia untuk melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan pada Selasa tidak kesampaian apabila Jawatankuasa Lembaga Pengampuan hanya akan bersidang pada Rabu.

Ini berbeza dengan kenyataan beberapa pimpinan PKR sebelum ini yang memaklumkan bahawa Anwar akan dibebaskan esok (Selasa).

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan lewat petang ini memaklumkan program berkaitan pembebasan Anwar ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

“Keadilan menerima makluman terkini daripada Jabatan Perdana Menteri bahawa Lembaga Pengampunan akan mengadakan mesyuarat pada Rabu.

“Oleh itu, sebarang program berkaitan pembebasan Anwar ditunda sehingga makluman lanjut dibuat. Sebarang kesulitan adalah dikesali,” katanya.

Anwar menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Ketua Umum PKR itu yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, sepatutnya dibebaskan pada 8 Jun ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lepas berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menyatakan kesediaan untuk memberi pengampunan segera kepada Anwar.

“Ia adalah pengampunan penuh, yang juga bermaksud beliau bukan sahaja diberikan pengampunan tetapi juga dibebaskan dengan segera apabila mendapat pengampunan,” kata Dr Mahathir.

Sumber :

1. SinarHarian
2. Hmetro
3. Mstar

No comments:

Post a Comment