loading...

Monday, 14 May 2018

Salam Takziah, Zainal Abidin Kemalangan Jalan Raya



Rasanya lama sudah kita tidak melihat kemunculan penyanyi Datuk Zainal Abidin yang popular dengan lagu Puteri, Hijau, Gaia dan banyak lagi di kaca TV. Beliau telah berkecimpung dalam industri hiburan selama 27 tahun dengan keunikan suaranya yang hebat dan memukau.

Terbaru, beliau telah terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) petang tadi. Ketika itu, beliau dan isterinya isteri dalam perjalanan dari rumah mereka di Shah Alam menuju ke Jalan Duta sebelum sebuah kenderaan jenis MVP mengentam keretanya dari belakang.



Menerusi video yang dimuat naik oleh Zainal, kejadian itu menyebabkan keadaan trafik sesak dan dilihat pihak polis turut berada di tempat kejadian untuk mengawal keadaan. Kenderaan yang dinaiki Zainal, Range Rover turut mengalami kerosakan di bahagian belakang akibat dilanggar oleh kenderaan dari belakang.

Walau bagimanapun, Zainal dan isterinya kini berada dalam keadaan selamat dan baik. Mereka juga tidak mengalami sebarang kecederaan meskipun impak langgar yang agak kuat.

SUMBER : OHMYMEDIA
Zainal Abidin tidak cedera



Penyanyi Datuk Zainal Abidin yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) tengahari tadi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menerusi video yang dikongsi di laman sosial miliknya hari ini, beliau yang menaiki kereta jenis Range Rover bersama isterinya, Angelina, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sebelum dilanggar sebuah MPV.

“Alhamdulillah saya dan isteri tidak mengalami sebarang kecederaan, malah keadaan kereta juga tidak terlalu teruk.

“Ketika kejadian saya sudah nampak kereta di belakang datang dengan laju kerana kereta di depan memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba.

“Bagaimanapun saya tidak boleh buat apa-apa kerana kalau mengelak akan menyebabkan kemalangan lain pula,” katanya ketika dihubungi UTUSAN ONLINE.

Kongsi Zainal lagi, dia turut bersyukur pemandu yang melanggar keretanya juga tidak mengalami kecederaan walaupun pelanggaran itu agak teruk.

“Sewaktu pelanggaran, memang saya terkejut malah takut pemandu yang melanggar kereta saya cedera. Mujur dia juga dalam keadaan baik,” katanya

SUMBER : UTUSAN ONLINE viaBULETINNETIZEN

No comments:

Post a Comment