loading...

Monday, 7 May 2018

‘Orang kenakan saya, dugaan apa pula kali ini’ – Uqasha



“Saya tidak lalok (khayal) langsung. Ujian air kencing sudah dilakukan dan keputusannya negatif,” demikian tegas pelakon popular Uqasha Senrose atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 26, yang ditahan polis semalam selepas pemeriksaan menemui enam bungkusan aluminium berisi 53 biji pil Erimin 5, semalam.

Uqasha semalam dilepaskan dengan jaminan polis setelah keterangannya direkodkan. Bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan tidak menolak wujud unsur sabotaj dalam kejadian tersebut.

“Saya tidak okey. Orang saja nak kenakan saya. Dugaan apa pula kali ini,” katanya memetik laporan dari Harian Metro.

Sementara itu dalam laporan Utusan Malaysia, pengarah Michael Ang pula menjelaskan, komitmen yang diberikan Uqasha dalam drama bersiri Rahsia Hati Perempuan masih diteruskan seperti biasa dan tidak ada sebab untuk mereka menangguhkan penggambaran.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Dia ada di sini meneruskan penggambaran. Malah tiada sebab untuk kami tangguhkan penggambaran ini.

“Ikutkan penggambaran drama Rahsia Hati Perempuan hanya akan habis pada bulan depan dan Uqasha masih mempunyai babak untuk dihabiskan,” katanya.
Dalam kejadian pagi semalam, Uqasha yang memandu kenderaan Range Rover dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kenderaan Honda BRV.

Anggota polis yang dikerahkan ke lokasi kejadian kemudian membawa Uqasha ke balai untuk siasatan dan pemeriksaan rapi menemui enam bungkusan aluminium foil yang berisi 53 pil Erimin 5 dalam beg tangan jenama Chanel miliknya.

Susulan dari tersebarnya laporan itu, ramai netizen ‘menyerang’ akaun Instagram Uqasha sehingga memaksa pelakon itu bertindak menutup semua ruangan komen.

Sumber : thereporter

No comments:

Post a Comment