loading...

Monday, 7 May 2018

Tegar Kembali Mengemis?



BENARKAH Tegar kembali hidup susah sampai terpaksa mengemis di jalanan? Jika satu ketika dahulu namanya pernah popular di negara ini tetapi kini, kelibat penyanyi kelahiran Jawa Barat, Indonesia itu hanya dapat dilihat sekali sekala, tidak sekerap dulu lagi.

Lantas ada yang beranggapan dia sudah kekurangan undangan menyanyi dan membuatkan kehidupannya kembali kepada asal, susah! Tegar kembali ke dunia meminta-minta di tepi jalan. Demikian gambaran yang diberikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ternyata ini hanyalah dakwaan semberono. Dalam pertemuan dengan Pancaindera beberapa hari lalu, dia tenang menjawab satu persatu pertanyaan yang diajukan kepadanya.

Tegar Kembali Mengemis?

“Tak usah dibahas lagi persoalan tentang hidup susah kerana semuanya sudah berlalu. Kisah yang disebutkan itu sudah menjadi sejarah saya. Sekarang hidup saya macam biasa sahaja tapi tidaklah susah seperti mana yang diperkatakan segelintir pihak.“Wang saya mungkin tidak banyak. Tetapi cukuplah untuk menampung keluarga dan pelajaran adik-adik yang lain. Kalau ada yang kata saya kembali meminta sedekah itu, mereka tidak tahu apa-apa,” kata Tegar ketika ditemui sempena Konsert Karnival OK anjuran Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM) di Wangsa Walk, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berkemungkinan juga dakwaan tersebut muncul saat melihatkan namanya yang semakin kurang menjadi sebutan berbanding sebelum ini. Jika dahulu sosok tubuh kecil bersama dengan ukelele menjadi perhatian, kini imej tersebut sudah jarang kelihatan.

Tegar Kembali Mengemis?

Menyedari yang popularitinya tidak sehebat kemunculannya satu ketika dahulu, Tegar bagaimanapun bersyukur kerana masih ramai yang ingat dan meminati dirinya.

Dalam sebulan, dia biasanya akan mengadakan persembahan empat kali sahaja dan wang tersebut cukup untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga di sana.

“Di sana (Indonesia) saya mungkin kurang dikenali tetapi di sini masih ramai yang kenal dan mengetahui lagu Aku Yang Dulu. Sebaik sahaja saya sampai di lapangan terbang, peminat akan menegur dan bergambar.“Tentu sahaja perkara tersebut menggembirakan saya dan dilihat sebagai petanda yang saya masih lagi diterima di sini. Ini juga menambahkan semangat untuk terus memberikan yang terbaik kepada semua,” katanya yang kini berusia 17 tahun.

Tegar Kembali Mengemis?

JIKA ada masa senggang, Tegar mengakui yang dia lebih banyak duduk di rumah dan mencari ilham untuk mencipta lagu. Hasil perkongsian idea dengan seorang teman di sana, dia sudah menghasilkan lagu Cintamu Bukan Untukku yang bakal dijadikan taruhan baru selain lagu Aku Mahu Pacaran.

“Saya tidak boleh duduk diam sahaja menunggu undangan menyanyi. Sebab itu saya cuba berjinak-jinak dalam bidang penciptaan agar mampu mengembangkan lagi bakat. Jika tidak melakukan perkara itu, saya akan bermain games (permainan video) di rumah. Apa lagu nak dibuat,” katanya jujur.

Dalam pada itu, Tegar menegaskan yang dia begitu mementingkan pelajaran untuk adik-adiknya. Walaupun dia sendiri tidak bersekolah, namun empat orang adik-beradiknya perlu mendapat pendidikan yang sewajarnya.

Tegar Kembali Mengemis?

Sebagai abang, dia akan sedaya upaya mencari wang untuk membiayai pelajaran mereka agar menjadi manusia yang berguna pada masa hadapan.

“Saya sendiri hanya sempat bersekolah sekejap sahaja. Sekarang saya boleh membaca tetapi belum boleh menulis dengan baik. Agak sukar juga pada peringkat awal tetapi saya tidak mengalah dengan keadaan.“Sebab itu saya tak mahu adik-adik melalui kehidupan seperti saya. Mereka harus bersekolah dan mencari ilmu. Soal wang biar saya yang carikan,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : UtusanOnline

No comments:

Post a Comment