loading...

Tuesday 1 May 2018

Sharifah Amani Tolak Tawaran RM1 Juta Jadi Duta Produk Pemutih



ADAKAH anda akan menolak atau menerima tawaran sebanyak RM1 juta untuk menjadi duta produk pemutih kulit? Mungkin ya atau tidak.
Namun buat pelakon Sharifah Amani, tawaran sebanyak itu tidak membuatkannya rambang mata.



Baru-baru ini, Amani mendedahkan dia pernah menerima tawaran sebanyak RM1 juta untuk menjadi duta produk pemutih kulit menerusi laman Twitter.

Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 32, berkata, bagaimanapun dia menolak tawaran itu selepas menerima nasihat ibunya, Fatimah Abu Bakar.

“Pernah sekali produk pemutih kulit nak kasi kita bayaran sejuta untuk jadi duta dia. Saya fikir, sedapnya duit itu.

“Selepas itu mama tegur saya cerah sebab genetik bukan fasal krim. Orang Asia mana ada putih macam mat salleh? Produk tu ada bleach, bahaya untuk kesihatan.

“Akhirnya tak jadi duta produk itu. Sejuta pun bye bye. Tapi mama kita yakinkan kita yang rezeki akan ada di mana-mana,” tulisnya yang menganggap wang bukanlah segalanya tetapi tanggungjawab sebagai masyarakat itu lebih penting.



Ujarnya lagi dia tidak sanggup melihat orang lain menjadi mangsa demi kepentingannya.

Amani  turut berseloroh mengatakan disebabkan itu dia tidak akan kaya dan tidak akan terkenal buat selamanya.



Dalam pada itu, Amani memberitahu dia mungkin akan lebih dikenali jika melakukan sesuatu gimik dan menjadi viral.

“Mungkin dengan menipu kat orang aku tidak akan sendu lagi. Mungkin harus melakukan gimik viral untuk menjual bukan karya aku tapi diri aku.

“Mungkin dengan memaparkan imej public account dan menyorok imej sebenar di akaun peribadi orang akan lagi suka. Akal: orang bukan Tuhan,” ujarnya.



Sikap yang ditunjukkan oleh Amani seharusnya dijadikan contoh. Wang bukanlah segala-galanya untuk mengecapi kebahagiaan. Ingat satu, rezeki di tangan Allah SWT.

Sumber: Klick.my

No comments:

Post a Comment