loading...

Tuesday 1 May 2018

Tak Kacak Tapi Kelakar, Ciri Lelaki Idaman Zahirah Macwilson?



HIDUP tidak perlu sentiasa serius. Adakalanya perlu juga bergurau senda. Begitulah yang dialami oleh pelakon jelita, Zahirah Macwilson.
Kisah putus cintanya dengan Zul Ariffin bukan penyebab untuk dia bermurung. Sebagai figura umum, kadang-kadang netizen tempat meluahkan perasaan dan juga penghibur di kala hati tengah suram.

Itulah yang dilakukan oleh Zahirah dengan netizen. Zahirah mengakui berasa lucu apabila membaca komen-komen netizen terhadap sebuah artikel yang menulis tentang ciri-ciri lelaki idamannya.



Zahirah turut bergurau kepada netizen yang berminat untuk mencuba nasib menjadi teman lelakinya agar menghantar resume.

“Baru baca, semua komen anda sangat kelakar, haha. Uji bakat terbuka, hantar resume anda!” tulisnya di Insta Stories semalam.

Zahirah memberi respons kepada artikel sebuah portal hiburan yang menulis tentang lima ciri lelaki idaman dirinya.



Salah satu yang menjadi perhatian netizen apabila Zahirah bercakap mahukan seorang lelaki yang kelakar biarpun tidak mempunyai rupa paras yang kacak.

Segelintir netizen meminta bekas kekasih aktor Zul Ariffin itu membuka kaunter pendaftaran kerana mempunyai ciri-ciri seperti diperkatakan.

Malah, ada juga yang mencadangkan nama-nama pelawak popular yang masih bujang seperti Zizan Razak dan Ebby Yus sebagai calon paling sesuai.



Sementara itu, Zahirah turut menulis bahawa dia hanya bergurau dan meminta peminat tidak berbuat demikian.

“I’m kidding please don’t” tulisnya pada hastag.

Yang lepas biarlah ia berlalu. Usah dikenang kerana akan menambah bara di hati. Jadikan gurau senda sebagai terapi. Semoga Zahirah bakal bertemu dengan lelaki idamannya satu hari nanti.

Sumber: Klick.my

No comments:

Post a Comment