Sejak mengalami kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai diantara kita mula mencari-cari pendapatan tambahan selain kerja tetap untuk memulakan perniagaan secara sambilan tanpa melibatkan kos yang besar.
Sebelum memulakan perniagaan, kita perlu melakukan beberapa kajian perniagaan supaya lebih bersedia dan memahami perjalanan perniagaan tersebut. Tak guna tahu seribu cara memulakan perniagaan tapi satu pun kita tak berani cuba.
Perkongsian daripada Noor Asmidar Kasim, untuk panduan memulakan perniagaan diharap dapat membantu bakal-bakal usahawan yang ingin menceburi bidang ini namun masih buntu mencari arah perniagaan itu. Antara perkara yang boleh anda lakukan adalah:
TIPS BUSINESS FOR TODAY
1. Jangan mulakan dengan buat pinjaman dari mana-mana pihak – bank, Tekun, atau MARA.
2. Jangan mulakan bisnes dengan keluarkan jenama sendiri.
3. Mulakan bisnes yang modalnya rendah (serendah RM 2-3 ribu).
4. Jangan buat bisnes ikut orang.
5. Jangan sertai bisnes yang modus operandinya duduk sahaja dapat duit.
6. Jangan buat bisnes yang perlukan kos renovasi yang tinggi atau perlu beli alat-alat mesin berpuluh ribu.
7. Mula bisnes makanan (sebab ayat nak close sales senang – orang rasa sedap dia beli lagi).
8. Untuk setahun ikat perut, jangan tambah hutang. Duit bisnes simpan untuk kembangkan dan tambah alat kerja.
9. Berkawan dengan orang yang bisnes, sebab boleh dapat idea dan pengalaman.
10. Jangan malu atau kedekut nak belajar dalam bisnes. Belajar ini bukan untuk jadi kaya atau berjaya, tetapi untuk minimakan kerugian dan kegagalan buat bisnes.
11. Ingat 9/10 rezeki dari bisnes, tapi cabarannya juga 9/10.
12. Selalu bergantung kepada Allah SWT. Jangan bergantung kepada manusia.
13. Usaha, redha, tawakal, InshaAllah, Allah pasti tolong kita .
Sumber: SiakapKeli.my
No comments:
Post a Comment